Profile Picture

Nur Farihah *******

Sarjana Muda - Sains Sosial

Universiti Kebangsaan Malaysia (Graduated)

Sungai Petani, Kedah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi serta bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Dengan latar belakang pendidikan di bidang sastera dan Sains sosial, serta sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Saya memiliki pengetahuan yang baik dalam subjek Bahasa Melayu, Geografi dan sains. Saya percaya bahawa setiap pelajar memiliki potensi untuk berkembang dan sebagai tutor, saya akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan mendukung mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh bagi kejayaan masa depan mereka. Saya akan menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif dalam mengajar untuk membantu pelajar memahami sesuatu subjek atau topik. Saya juga seorang yang peramah dan peka terhadap pelajar. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Saya juga suka membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang lebih efektif. Saya akan selalu berusaha untuk menjaga hubungan yang baik, menjadi pendengar yang baik dan memberi bimbangan yang baik kepada pelajar. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Sebagai seorang tutor, saya percaya bahawa setiap pelajar memiliki pendekatan belajar yg berbeza dan saya akan mengenal pasti teknik yang bersesuaian dalam pengajaran. Saya akan berusaha menjadikan kelas suatu tempat yang menarik dan tidak membosankan dengan cara proses pengajaran berdasarkan masalah (problem-based learning) di mana saya memberikan situasi atau masalah nyata yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Kaedah ini dapat mendorong pelajar berfikiran kreatif dalam meningkatkan keterampilan diri dalam menyelesaikan masalah dan pelajar dapat memahami sesuatu topik tersebut dengan baik. Selain itu, saya akan memanfaatkan sumber teknologi masa kini dengan penggunaan aplikasi atau platform pembelajaran digital seperti kuiz online, video pembelajaran dan penceritaan teladan yang dapat membantu pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam belajar
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sejarah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Geografi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3