Profile Picture

Thomas Ching

(Online)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia Dengan Pendidikan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Bintulu, Sarawak

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hi saya Cikgu Thomas. Saya merupakan graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 1 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebelum ini, saya pernah menjadi tutor online dan pernah menjalani latihan mengajar di sekolah selama 4 bulan. Subjek Pengajian Am merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Sejarah merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Saya juga pernah terlibat dalam mengendalikan seminar buat calon SPM dan STPM di samping kelas-kelas dalam kumpulan yang besar. Saya juga dapat meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak- anak skor cemerlang dalam subjek peperiksaan serta tingkatkan keyakinan anak anda? Boleh hubungi saya hari ini.Terima kasih.
Teaching Method(s)
Kawalan kelas yang baik melibatkan peraturan jelas, penggunaan isyarat seperti tepukan tangan, dan pujian untuk tingkah laku positif agar meningkatkan keupayaan murid terutamanya dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif murid. Bagi kaedah pengajaran, saya sering menggunakan pendekatan interaktif seperti kuiz digital dan aktiviti kumpulan meningkatkan penglibatan pelajar. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) melatih pelajar menyelesaikan isu sebenar, manakala gamifikasi menjadikan pembelajaran menyeronokkan. Eksperimen dan demonstrasi pula membantu pelajar memahami konsep secara pratikal.
Subject
Subject School Level
Pengajian Am Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5