Assalamualaikum , saya ustazah ayunie. Saya merupakan pelajar tahun 1 ijazah sarjana muda pendidikan (pendidikan islam). Sudah semestinya subjek major saya ialah pendidikan islam. Manakala pula subjek minor saya pulak ialah bahasa arab. Selain itu juga, saya boleh mengajar subjek bahasa melayu serta sejarah. Saya boleh memberi tunjuk ajar yang berkesan kepada murid mengikut kaedah-kaedah yang berkesan serta dapat menghidup suasana belajar yang boleh meningkatkan semangat pelajar. Di samping itu , saya juga ingin menambah skill saya dalam mengajar pelajar dan menambah pengalaman
Teaching Method(s)
Teknik mengajar bagi subjek pendidikan islam dan bahasa arab ialah dengan memberi nota-nota yang ringkas yang berkesan. sebagai contoh nota poket dan akronim yang mudah dihafal. Bagi subjek sejarah pula ialah menayangkan video berkaitan tajuk dan saya akan menceritakan semula. Selepas itu saya akan berikan latihan bagi mengetahui tahap kefahaman murid terhadap tajuk tersebut. Bagi subjek bahasa melayu , berkaitan dengan karangan, saya akan mengajar cara mengembangkan idea tanpa kesalahan tatabahasa. InsyaAllah saya boleh