Profile Picture

Mohamad Izzat *******

Diploma / Stpm - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Open University Malaysia (Ongoing Study)

Pelabuhan Klang, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya kini sedang menyambung pengajian PhD di Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Peradaban Islam (tesis kajian). Selain itu, saya merupakan alumni daripada Fakulti Pengajian Bahasa & Pembangunan Insaniah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam bidang Agama & Kontemporari dan jenis pengajian adalah mod penyelidikan sains sosial atau kemasyarakatan (tesis kajian). Saya berkebolehan dalam Metodologi Penyelidikan, Penyuntingan Gambar & Video, Multidiscipline Study & Kawalan Kualiti (QC) produk pemakanan.

dan dalam masa yang sama saya sambung DPLI di OUM jadi, sekarang saya tengah praktikal selama 3 bulan di sekolah menengah.
Teaching Method(s)
Saya akan menggunakan pelbagai strategi supaya pelajar berminat, antaranya:

Kaedah interaktif – seperti perbincangan kumpulan kecil, kuiz berasaskan permainan (Kahoot/Quizizz), simulasi atau role-play.

Pembelajaran berasaskan teknologi – video pendek, animasi, atau aplikasi digital supaya pelajar dapat melihat konsep secara visual.

Pembelajaran kontekstual – mengaitkan isi pelajaran dengan situasi harian atau isu semasa supaya pelajar nampak kepentingannya.

Selain faham isi pelajaran, pelajar juga perlu strategi menjawab soalan. Jadi saya akan ajar:

Latihan menjawab soalan peperiksaan – menggunakan set soalan sebenar atau format peperiksaan terkini.

Teknik menjawab ikut kata kunci – menekankan bagaimana mengenal pasti kehendak soalan (arahan: nyatakan, huraikan, jelaskan).

Pengurusan masa peperiksaan – biasakan mereka bahagikan masa ikut markah.

Membina nota ringkas/peta minda – supaya mudah ulang kaji.

Pembelajaran berfokus – ulang kaji topik penting dan buat teknik ramalan berdasarkan trend soalan.
👉 Tujuan: bukan sahaja faham, tetapi mampu terjemah dalam bentuk jawapan tepat untuk markah maksimum.
Subject
Subject School Level
Seni & Kraf
Tingkatan 5 Tingkatan 3 Tingkatan 4
Bahasa Melayu
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Islam
Tingkatan 3 Tingkatan 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 4
Sejarah
Tingkatan 1 Tingkatan 4 Tingkatan 2 Tingkatan 5 Tingkatan 3