Profile Picture

Nor Adila *******

Doktor Falsafah(phd) - Doctor Of Philosophy In Communication

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Ongoing Study)

Kuantan, Pahang

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Pengalaman dalam dunia pembelajaran, penyelidikan serta penerbitan telah mendidik saya, untuk menjadi individu yang mudah berinteraksi secara berkesan. Meskipun pengalaman saya lebih kepada kajian budaya dan keterkaitannya dengan komunikasi bukan lisan. Namun, ia telah membantu membina kebolehan diri untuk lebih efektif dan progresif dalam apa jua yang diusahakan. Pada saya, kebolehan dan pengetahuan serta pengalaman boleh memandu kepada perkongsian yang lebih cekap untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.
Teaching Method(s)
Sepanjang proses keterlibatan dalam dunia penyelidikan dan penerbitan, saya juga telah diberikan peluang untuk menjadi tutor kepada pelajar sarjana muda di Univerisiti Malaysia Sabah. Dengan berlandaskan pengalaman tersebut, disamping ‘networking’ yang dibina bersama gatekeeper dilapangan, ia telah membentuk saya untuk bertanya, berkongsi seterusnya meningkatkan kefahaman pelajar/masyarakat dengan lebih berkesan.

Pendekatan, ‘kita adalah keluarga’ merupakan cara yang saya aplikasikan dalam menyungkil kebolehan yang dimiliki oleh para pelajar. Ruang ini juga, secara tidak langsung memberikan rasa selesa pada pelajar untuk bertanyakan apa sahaja soalan secara terbuka. Maka, saya percaya dengan pendekatan ini, pelajar akan lebih terbuka dan selesa untuk mengajukan soalannya tanpa batasan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 1 Universiti - Diploma Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Foundation Dewasa
Prasekolah - 3M
Foundation Dewasa Tadika
Komunikasi Bahasa Melayu
Foundation