Profile Picture

Nur Ain *******

(Online)

Sarjana Muda - Teaching English As Second Language ( TESL)

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Lembah Pantai, WP Kuala Lumpur

Institut Perguruan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai, salam perkenalan!

Saya Ain, seorang tutor Bahasa Inggeris yang berdedikasi dan mempunyai latar belakang akademik yang kukuh. Saya telah memperoleh "Straight A" dalam SPM 2019 dan turut menjalani latihan profesional perguruan selama 5 tahun di IPG bagi subjek Bahasa Inggeris.

Saya mahir dalam menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris lebih menyeronokkan, interaktif, dan mudah difahami, terutamanya untuk pelajar yang menghadapi cabaran dalam menguasai bahasa ini. Dengan kepakaran saya dalam penggunaan alat digital, multimedia, permainan serta bahan pengajaran yang kreatif, saya merancang pelajaran yang dinamik dan disesuaikan mengikut keperluan unik setiap pelajar.

Jika anda sedang mencari tutor Bahasa Inggeris yang mampu menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna, dan memberi impak, saya sedia membantu anda dalam mencapai objektif tersebut!

Teaching Method(s)
Berikut merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang saya gunakan:

1. Penceritaan ( Storytelling/ Storyline)

Kaedah ini membantu dalam mewujudkan keinginan untuk belajar dalam diri pelajar, melalui penggunaan karakter yang dikenali ramai serta jalan cerita yang menarik.

2. Pembelajaran Dua Hala ( Interactive Learning)

Pelajar diberi banyak peluang untuk memberikan pendapat dan menjawab soalan. Oleh itu, proses pembelajaran yang aktif dapat diwujudkan.

3. Penggunaan Teknologi yang Maksimum

Penggunaan teknologi membantu dalam mewujudkan pengalaman dan ilmu baharu kepada pelajar di samping memupuk rasa suka belajar dengan lebih berkesan.

4. Ujian Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris

Pada kelas pertama dan secara berkala, ujian ini akan dijalankan bagi menilai tahap penguasaan dan kemahiran pelajar dalam menggunakan Bahasa Inggeris. Aspek ujian merangkumi kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur.

5. Aktiviti Tiket Keluar ( Exit Ticket)

Pelbagai aktiviti Tiket Keluar yang menarik bagi menjamin tahap kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap setiap sesi pengajaran. Kaedah ini membantu dalam menentukan sama ada pelajar telah dapat menguasai sesuatu topik atau memerlukan latihan/ penjelasan tambahan.
Subject
Subject School Level
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Asas (Basic), Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3