Profile Picture

Nur Radzimah

(Physical & Online)

Sarjana(master) - Master In Manufacturing

Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (UniKL MIDI) (Ongoing Study)

Kerian, Perak

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Teacher Nur. Mempunyai master dan sedang menjalani latihan praktikum bagi DPLI 2025. Sepanjang tempoh belajar di peringkat Sarjana, saya membuat tuisyen secara fizikal dan atas talian dari rumah dan secara sendirian. Pengalaman dalam mengajar tuisyen secara individu dan berkumpulan kecil dapat menyampaikan ilmu dgn lebih teratur dan pelajar lebih fokus kerana kurang gangguan luar. 2 tahun tempoh mengajar tuisyen dan bilangan pelajar mencecah 30 orang. Kini saya melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan kerana minat mengajar dan bercita cita untuk menjadi tenaga pengajar di Universiti. Major dalam bidang kejuruteraan dan teknikal, minor dalam bidang pendidikan. Pelajar saya merupakan murid daripada peringkat pra sekolah hingga ke sekolah menengah. Fokus saya mengajar pada subjek BM, BI, Math dan Sains sekolah rendah dan Math bagi sekolah menengah.
Teaching Method(s)
Kelas tuisyen saya kebiasaannya terbahagi kepada 3 iaitu, bermuka secara individu/berkumpulan kecil/ atas talian individu. Fokus pada murid pra sekolah hingga sekolah menengah. Pra sekolah kebiasaanya fokus pada membaca, mengira, mengeja menggunakan teknik phonic. Bagi sekolah rendah lebih fokus pada subjek teras seperti math, bi, bm dan sains. Math bagi sekolah menengah. Buku latihan yang disediakan oleh saya perlu mengikut silibus dan sukatan sekolah/kpm bagi memudahkan pelajar menerima dan memahami konsep diajar selari dgn yg dipelajari di sekolah. Murid juga dibenarkan untuk membuat kerja sekolah yg tidak difahami dan saya akan tunjukkan sekadar beberapa soalan yg sukar sahaja. Kebanyakkan parent akan update kemajuan anak dalam subjek tersebut dan kebiasaannya ada peningkatan yang memberangsangkan hingga mereka menamatkan kelas tuisyen.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tadika