Profile Picture

Nur Azizah *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) Dengan Kepujian

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Lembah Pantai, WP Kuala Lumpur

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Cikgu Azizah, seorang tutor yang berdedikasi dalam mendidik murid sekolah rendah dan menengah. Saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan kepujian di UPSI. Dengan pengalaman praktikum di dua sekolah menengah yang berbeza serta berkhidmat sebagai guru ganti di sekolah rendah, saya berpeluang mengenali kepelbagaian murid serta potensi mereka, sekaligus menyesuaikan kaedah pengajaran agar lebih efektif.

Subjek utama saya ialah Sejarah, manakala Ekonomi dan Bahasa Melayu merupakan subjek minor saya.

Selain itu, saya turut membimbing murid dalam penyusunan jadual belajar yang sistematik untuk membantu mereka mencapai kejayaan akademik.

Jadikan saya tutor anda hari ini, dan bersama-sama kita capai kecemerlangan!
Teaching Method(s)
Saya menerapkan kaedah didik hibur untuk menjadikan pembelajaran Sejarah lebih menarik dan tidak membosankan. Antara teknik yang saya akan gunakan termasuk:

1) Penceritaan interaktif – Menggunakan teknik bercerita untuk menghidupkan kembali peristiwa sejarah supaya lebih mudah difahami.

2)Penggunaan akronim –
Membantu murid mengingati tarikh, tokoh, dan peristiwa penting dengan lebih mudah.

3)Nota berwarna-warni dan peta minda – Membantu murid memahami hubungan antara peristiwa dan fakta sejarah.

4) Latihan soalan KBAT
– Melatih murid untuk berfikir secara kritis dan menjawab soalan dengan lebih baik dalam peperiksaan.

Dengan pendekatan ini, saya yakin murid akan lebih seronok belajar Sejarah dan mampu mencapai keputusan yang cemerlang!
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Sejarah
Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 1 Darjah 6 Darjah 5 Darjah 4
Ekonomi
Tingkatan 4 Tingkatan 5 STPM - Tingkatan 6