Profile Picture

Wan Amalina *******

(Online)

Sarjana Muda - ACCA

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Graduated)

Bachok, Kelantan

Tutor Training

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum dan selamat sejahtera 😃

Saya Cikgu Amalina, seorang pendidik yang berdedikasi dalam mata pelajaran Matematik dan Sains serta berpengalaman mengajar Sejarah, Pendidikan Islam dan Ekonomi. Selain itu, saya juga mengajar Al quran untuk dewasa dan kanak kanak.

Sebenanrya setiap anak mempunyai kehebatannya yang tersendiri, yang mereka amat perlukan adalah pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan cara pemikiran dan kelebihan yang ada pada diri mereka. Saya percaya setiap pelajar mempunyai kelebihan masing masing. Oleh itu saya akan sentiasa menggunakan cara dan teknik mengajar bersesuaian dengan personaliti dan gaya belajar seseorang murid itu agar potensi sebenar yang ada pada diri mereka dapat digilap dan bersinar.

InsyaAllah kita sama sama membangunkan jiwa, semangat dan keyakinan anak anak untuk masa depan yang lebih cemerlang.

Teaching Method(s)
1. Terangkan – Saya akan menerangkan gambaran awal topik (overview) supaya pelajar dapat memahami konsep asas sebelum mendalami lebih lanjut. Setiap kali memulakan topik baharu, saya juga akan mengulang kembali (recap) pembelajaran sebelumnya untuk memastikan kesinambungan pemahaman.

2. Tunjukkan – Pelajar akan diberikan soalan berserta penerangan jawapan dan jalan kira yang jelas. Saya juga sentiasa mengaitkan setiap perkiraan dengan situasi dunia sebenar agar mereka lebih memahami dan melihat kepentingannya dalam kehidupan harian.

3. Latihan – Pelajar akan diberikan soalan latihan kendiri untuk disiapkan di dalam kelas. Ini membantu mereka menguji kefahaman dan mengenal pasti bahagian yang perlu diperbaiki dengan bimbingan saya.

4. Beri Semangat – Saya sentiasa memberikan pujian dan galakan agar mereka lebih yakin dan bermotivasi. Selain itu, saya juga suka menghargai usaha mereka dengan hadiah kecil sebagai tanda penghargaan atas setiap pencapaian mereka.

InsyaAllah, teknik yang saya gunakan amat sesuai kerana tidak terlalu menekan, tetapi tetap bersemangat dan berdisiplin untuk mencapai objektif yang kita harapkan. Saya percaya dengan pendekatan yang betul, setiap pelajar mampu mencapai potensi terbaik mereka. Bersama-sama, kita bukan sahaja membina ilmu, tetapi juga keyakinan dan semangat untuk terus maju.
Subject
Subject School Level
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 3
Akaun Tingkatan 4, Tingkatan 5
Adab ( Akhlak Islamiah) KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6, Mengaji
Ekonomi Tingkatan 4, Tingkatan 5
Adab dan Sirah KAFA - Darjah 1, KAFA - Darjah 3, KAFA - Darjah 2, KAFA - Darjah 4, KAFA - Darjah 5, KAFA - Darjah 6, Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca, Mengira & Menulis (3M) Tadika, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Dewasa
Tasawwur Islam Tingkatan 4, Tingkatan 5
Syariah Islamiah Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sejarah Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Prinsip Perakaunan Tingkatan 5, Tingkatan 4
P. Islam Tingkatan 5, Tingkatan 4, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 3, Tingkatan 2, Tingkatan 1
Membaca B. Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 5, Tingkatan 4, Dewasa, Tadika
Mengaji - Al-Quran Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 5, Tingkatan 4, Dewasa, Tadika
KAFA Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tadika