Perkenalkan nama saya tutor Dian, saya akan menjadi tutor yang terbaik untuk anak anda. Saya akan memberikan yang terbaik dan menjadi seorang seorang yang berdedikasi dalam menjalankan amanah saya sebagai seorang tutor. Saya mahu melihat anak-anak mencapai keputusan yang cemerlang dan pastikan usaha kamu semua pastinya berbaloi. Saya mahukan anak-anak berada dalam suasana belajar yang tanpa rasa stress dan mendapat keputusan yang cemerlang. Fighting together!
Teaching Method(s)
Cara pembelajaran di dalam kelas saya lebih kepada belajar sambil berhibur, kita tak mahu anak-anak stress dan kita akan lebihkan untuk belajar dan fahamkan, di akhir kelas saya akan menyediakan latihan digital kepada anak anak seperti permainan kahoot (menjawab soalan di dalam komputer riba ataupun telefon bimbit). Anak murid saya juga terbuka untuk bertanya soalan sewaktu di dalam kelas dan tiada masalah walaupun tanya soalan yang sama. Saya akan pastikan anak murid seronok untuk belajar dan paling penting faham tentang apa yang mereka belajar.