Profile Picture

Claire Nc *******

Doktor Falsafah(phd) - PhD in Mathematics

Universiti Malaysia Sabah (Kota Kinabalu) (Ongoing Study)

Tenom, Sabah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Salam sejahtera. Saya tutor Claire. Saya merupakan seorang pelajar PhD dalam Matematik yang kini belajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Saya seorang yang berdedikasi dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pembelajaran serta pengajaran. Dengan semangat yang tinggi untuk mendidik, saya sentiasa berusaha dalam memastikan setiap anak didik memahami ilmu yang diajarkan sehingga mereka mampu mencapai keputusan yang cemerlang. Sebagai seorang tutor, saya bersikap ramah namun tetap tegas dalam membimbing pelajar, kerana saya ingin memastikan bukan sahaja dalam dididik dalam subjek tersebut namun disiplin tetap terjaga. Saya juga tidak akan berputus asa dalam mencari dan menerapkan pelbagai teknik pengajaran bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.

Jadikan saya tutor anda hari ini, dan bersama-sama kita capai kejayaan !
Teaching Method(s)
Kaedah pengajaran saya adalah menekankan latihan yang banyak bagi memastikan pelajar benar-benar memahami konsep yang diajar.

Saya juga menerapkan kaedah pembelajaran dua hala, di mana selepas sesi pengajaran, pelajar diberi peluang untuk memberikan pendapat, bertanya soalan, atau menjawab soalan bagi meningkatkan interaksi dan kefahaman mereka.

Selain itu, sebelum kelas bermula, saya akan memberikan ujian bagi menilai tahap penguasaan dan kefahaman pelajar dalam subjek Matematik. Dengan pendekatan ini, saya dapat mengenal pasti kelemahan mereka dan menyesuaikan kaedah pengajaran bagi memastikan pembelajaran yang lebih berkesan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 6
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5