Profile Picture

Nurul Syifa *******

Sarjana Muda - Pentadbiran Perniagaan

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Nilai, Negeri Sembilan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan pelajar tahun akhir dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kini sedang menjalani latihan industri di Shah Alam. Sebelum ini, saya memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021.

Saya sangat meminati dunia pendidikan dan amat menyukai interaksi bersama kanak-kanak serta remaja. Saya mempunyai pengalaman mengendalikan pelajar dalam pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Saya juga mudah menyesuaikan pendekatan pengajaran mengikut keperluan serta personaliti setiap pelajar bagi memastikan mereka dapat memahami dengan lebih baik dan belajar dalam suasana yang selesa dan menyeronokkan.

Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digilap dengan bimbingan yang betul, dan saya bersemangat untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam akademik.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran, saya mengutamakan pendekatan yang fleksibel, interaktif dan mesra pelajar. Saya akan menilai tahap kefahaman pelajar terlebih dahulu sebelum menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut gaya pembelajaran mereka, sama ada visual, audio atau kinestetik. Saya percaya bahawa suasana pembelajaran yang santai dan tidak terlalu tegang mampu membantu pelajar lebih mudah memahami sesuatu topik dan berasa selesa untuk bertanya jika tidak faham. Selain itu, saya juga menyediakan latihan berkala dan sesi ulangkaji bagi mengukuhkan kefahaman pelajar secara konsisten. Saya gemar mengaitkan topik pembelajaran dengan situasi harian atau aplikasi praktikal supaya pelajar lebih mudah faham dan tidak cepat bosan. Sepanjang proses pembelajaran, saya juga memberi sokongan emosi serta galakan berterusan untuk membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam mencapai potensi mereka. Namun begitu, saya akan bersifat sedikit tegas jika diperlukan bergantung kepada komitmen pelajar agar pelajar dapat memberikan tumpuan penuh dalam sesi pembelajaran. Namun begitu, saya akan bersifat sedikit tegas jika diperlukan bergantung kepada komitmen pelajar agar pelajar dapat memberikan tumpun penuh dalam sesi pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 STPM - Tingkatan 6 Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Sejarah
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 3 Tingkatan 2 STPM - Tingkatan 6
Perniagaan
Tingkatan 4 Darjah 5 STPM - Tingkatan 6
Pengajian Keusahawanan
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mengaji - Al-Quran
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 6 Darjah 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2
Pengajian Am
STPM - Tingkatan 6
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3