Profile Picture

Zulaikha Binti *******

Sarjana(master) - Sains

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Merbok, Kedah

Tutor Training

Training Sejarah SPM

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya mesra dipanggil Cikgu Zulaikha, Cikgu Ika atau Miss Ika Saya mempunyai hampir 4 tahun pengalaman mengajar matapelajaran Sejarah Tingkatan 4 dan 5 selain sudah mengajar Matematik Tingkatan 3 dalam 2 tahun terkini. Saya juga pernah mengajar Sejarah Tingkatan 2 dan 3 serta Sains Tingkatan 2. Selain mengajar di sekolah, saya juga menjalankan tuisyen persendirian bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sekolah rendah dan mengadakan kelas umum Bahasa Inggeris kepada penduduk di komuniti tempat saya tinggal. Antara kejayaan terbaik pernah saya capai adalah dengan dapat menghasilkan kejayaan 100% lulus Sejarah dalam SPM tahun 2024 yang lalu. Saya juga berjaya memastikan rancangan rombongan ke Terengganu pada cuti penggal sesi persekolahan 2024/2025 dapat dijalankan dengan baik walaupun dengan bantuan minimum daripada guru-guru lain kerana program dijalankan semasa cuti sekolah.
Teaching Method(s)
Antara teknik yang paling gemar saya guna ialah gallery walk khususnya bagi matapelajaran Sejarah. Teknik ini membuatkan pelajar bergerak aktif dalam kelas selain dapat membantu pelajar mengingat maklumat penting. Saya juga gemar menggunakan teknik Feynman bagi menguji ingatan dan kefahaman pelajar. Bagi matapelajaran Sains dan Matematik, saya menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian bagi membantu meningkatkan kefahaman pelajar. Saya gemar menerapkan teknik Feynman dalam mengajar iaitu menggunakan laras bahasa yang paling mudah dan sesuai agar pelajar dapat faham akan penyampaian saya.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Bahasa Melayu
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sejarah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5 Universiti - Diploma Universiti - Ijazah Sarjana Muda