Profile Picture

Nur Syazwani *******

Sarjana Muda - Bachelor of Applied Science (Agrotechnology) with Honours

Universiti Malaysia Kelantan (Jeli) (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Asslamualaikum wbt. Nama saya Nur Syazwani binti Mohd Zain. Saya merupakan graduan daripada Universiti Malaysia Kelantan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda (Agroteknologi) dengan Kepujian. Saya berumur 30 tahun. Saya dikenali sebagai Teacher Wani. Saya mempunyai pengalaman sebagai guru tadika selama 1 tahun 6 bulan di Tadika Little Caliph. Sebagai guru tadika saya mengajar kesemua subjek termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan juga saya mengajar pelajar untuk menguasai 3M (membaca, menulis, mengira) iaitu asas penting dalam pendidikan sebelum mereka memasuki alam persekolahan rendah. Saya amat berminat dalam mengajar matematik iaitu subjek yang menjadi pilihan utama saya. Kejayaan terbaik saya sepanjang 1 tahun setengah mengajar di tadika adalah menjadi guru terbaik selama hampir setahun dan tadika tempat saya mengajar dinobatkan sebagai Tadika Terbaik bagi Seluruh Negeri Kelantan (2024). Saya berminat untuk mengajar bagi pendidikan sekolah rendah. Saya seorang guru yang berdedikasi dalam mengajar pelajar supaya mereka berjaya mencapai target yang telah ditetapkan. Saya akan cuba sedaya upaya memastikan pelajar saya akan menerima dan mengaplikasikan pengajaran saya di alam persekolahan mereka. Terima Kasih.
Teaching Method(s)
Teknik mengajar yang saya praktikkan ketika mengajar ialah menggunakan sensori item. Sebagai contoh saya mengguna benda maujud (benda yang boleh disentuh) untuk memudahkan proses pengajaran dan pemahaman pelajar. Sebagai contoh saya mengajar topik tambah, saya meggunakan batang aiskrim (sensory item) untuk dijadikan sebagai bahan untuk menggantikan nombor. Saya juga menggunakan pendekatan mengajar dengan menggunakan kaedah bermain, tidak hanya pembelajaran menggunakan buku sahaja. Pendekatan yang saya gunakan bagi memastikan pelajar memahami pembelajaran yag diajar ialah saya akan bermula daripada asas. Sebagai contoh saya mengajar topik tambah 2 digit, saya akan pastikan pelajar tersebut menguasai topik tambah 1 digit terlebih dahulu.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Mathematics DLP
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6