Profile Picture

Ain Munirah *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik

Universiti Teknologi MARA (Machang) (Graduated)

Simpang Ampat, Pulau Pinang

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan baru sahaja menamatkan latihan mengajar melalui Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI). Sepanjang latihan mengajar, saya berpeluang mengajar subjek Matematik di sekolah menengah dan terlibat secara aktif dalam merancang serta melaksanakan sesi PdP yang menarik, tersusun dan berkesan.

Dengan latar belakang akademik dalam bidang Matematik dan pengalaman mengajar murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 4, saya yakin dapat membantu pelajar memahami konsep Matematik dengan lebih mudah melalui pendekatan yang bersesuaian dengan tahap mereka. Saya juga gemar menggunakan pelbagai kaedah pengajaran termasuk aktiviti interaktif, permainan pendidikan dan kuiz untuk meningkatkan penglibatan serta kefahaman pelajar.

Saya seorang yang sabar, komited dan berdedikasi dalam membimbing pelajar untuk mencapai potensi terbaik mereka. Saya percaya bahawa setiap pelajar mampu cemerlang dengan sokongan yang tepat dan suasana pembelajaran yang positif.
Teaching Method(s)
Saya mengamalkan pendekatan pengajaran yang berfokus kepada kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran secara berperingkat. Saya percaya setiap pelajar belajar dengan cara yang berbeza, justeru saya akan menyesuaikan gaya pengajaran mengikut tahap penguasaan dan keperluan individu pelajar.

Saya menggabungkan teknik penyoalan terbuka, latihan bertahap, serta aktiviti interaktif seperti kuiz, permainan pendidikan dan perbincangan dua hala bagi memastikan pelajar lebih aktif dalam proses pembelajaran. Saya juga memberi penekanan kepada penyelesaian masalah dan teknik menjawab soalan peperiksaan bagi membantu pelajar membina keyakinan dan pencapaian yang lebih baik.

Semasa sesi, saya akan mengenal pasti kelemahan pelajar terlebih dahulu dan memberi penjelasan secara langkah demi langkah. Latihan pengukuhan akan diberikan secara konsisten untuk memastikan pemahaman yang mantap. Saya juga menggalakkan pelajar bertanya dan berbincang agar wujud komunikasi dua hala yang positif.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 4 Tingkatan 3 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4
Calculus
Diploma - Kolej Vokasional Foundation