Profile Picture

Nurul Ezrya

Sarjana Muda - B.sc. (Hons.) In Food Science & Technology

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Hulu Langat, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya seorang tutor yang masih baharu dalam bidang ini, namun sangat bersemangat untuk membantu pelajar belajar dengan lebih efektif dan membina keyakinan diri. Saya memberi tumpuan kepada subjek Matematik, khususnya pada penguasaan asas. Saya percaya masa inilah yang paling sesuai untuk bantu pelajar kukuhkan asas sebelum mereka melangkah ke fasa pembelajaran yang lebih mencabar. Apabila pelajar memahami asas dengan baik, mereka akan mula melihat Matematik sebagai satu subjek yang menarik dan lebih mudah difahami. Jika perlukan bimbingan untuk kukuhkan asas Matematik, saya sedia membantu dengan sepenuh komitmen!
Teaching Method(s)
Pendekatan saya bersifat interaktif dan disesuaikan mengikut tahap pelajar. Saya menekankan kefahaman konsep asas sebelum beralih kepada topik yang lebih kompleks. Dalam sesi pembelajaran, saya akan membimbing pelajar melalui latihan secara bersama supaya sebarang kekeliruan dapat diatasi serta-merta. Saya juga menyediakan latihan tambahan bagi pelajar yang ingin mengukuhkan lagi penguasaan mereka. Bagi saya, matematik memerlukan latihan berterusan di bawah bimbingan supaya pelajar dapat menguasai dan mengingati kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan lebih mudah.

Saya komited untuk membantu pelajar meningkatkan keyakinan serta mencapai prestasi terbaik dalam subjek Matematik.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1