Profile Picture

Nur Maisarah *******

- POSTGRADUATE DIPLOMA IN TEACHING

Open University Malaysia (Ongoing Study)

Ipoh, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Saya Mai, tutor yang sedang sambung belajar dalam program DPLI (Diploma Pascasiswazah Pendidikan) dan sangat berminat untuk membantu pelajar untuk menguasai subjek Sains dengan cara yang mudah difahami. Saya sangat meminati subjek Biologi dan Sains sejak dari zaman sekolah lagi. Saya juga telah memperolehi Anugerah Dekan sebanyak 5 kali dan telah berjaya menamatkan pengajian degree saya dalam bidang Biologi dengan kepujian kelas pertama dengan CGPA 3.61.

Saya seorang yang peramah, sabar dan suka memberi semangat kat pelajar. Saya percaya setiap pelajar boleh berjaya kalau kena dengan gaya belajar mereka. Jadi, saya akan cuba sebaik mungkin untuk jadikan sesi belajar menarik dan tak stress. Jom belajar dengan saya dan kita capai kecemerlangan sama-sama!
Teaching Method(s)
Saya suka menggunakan pendekatan yang lebih santai tetapi berkesan. Contohnya, saya akan menggunakan teknik mengajar melalui gambar, video ringkas, dan analogi yang mudah untuk difahami oleh setiap pelajar. Saya juga suka guna warna-warna dalam nota supaya mudah diingati oleh pelajar dan kadang kala saya akan membuat kuiz atau permainan ringkas supaya kelas tidak membosankan.

Sekiranya kelas online, saya akan pastikan terdapat komunikasi dua hala diantara saya dan pelajar supaya pembelajaran lebih efektif. Saya masih baru, tapi saya terbuka untuk belajar dan improve di masa akan datang. Yang penting, saya akan cuba buat pelajar rasa seronok belajar!
Subject
Subject School Level
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Biologi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5