Profile Picture

Norshafieka Binti *******

Sarjana Muda - Postgraduate Diploma In Teaching

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Bangi, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

PKSK & UKKM

Introduction To Cambridge

Motivation In Education

Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya Norshafieka binti Sakeri. Saya berasal dari Kuala Krai, Kelantan, dan kini menetap di Bangi. Saya seorang yang lembut tutur kata, penyabar, dan suka menjalani kehidupan yang sederhana tetapi bermakna. Saya sangat berminat dalam bidang pendidikan dan kini sedang menimba pengalaman sebagai guru, terutamanya dalam subjek Matematik, Sains, dan Bahasa Melayu.

Pada masa lapang, saya gemar berkebun, membaca, dan mempelajari perkara baharu yang boleh membantu meningkatkan diri saya. Salah satu impian saya adalah untuk menjadi seorang pensyarah dan memiliki rumah satu tingkat yang dikelilingi bunga dan tanaman sayur-sayuran yang segar. Saya menghargai nilai keikhlasan, tanggungjawab, dan kasih sayang dalam kehidupan seharian.

Pengalaman mengajar di sekolah rendah dan sekolah antarabangsa.
Teaching Method(s)
Saya percaya bahawa pengajaran yang berkesan bermula dengan perancangan yang rapi dan persekitaran kelas yang kondusif. Sebagai guru, saya akan memastikan suasana pembelajaran yang positif dan inklusif agar semua murid berasa selamat, dihargai dan bersemangat untuk belajar.

Dalam pengajaran saya, saya akan menggunakan pelbagai kaedah seperti pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran aktif, dan pendekatan berpusatkan murid. Saya juga memanfaatkan teknologi seperti Google Classroom dan AI tools seperti ChatGPT untuk meningkatkan pemahaman murid dan menjadikan pembelajaran lebih interaktif.

Saya akan memulakan kelas dengan set induksi yang menarik, diikuti dengan penerangan yang jelas tentang objektif pembelajaran. Saya memberi peluang kepada murid untuk bertanya, berbincang dalam kumpulan kecil, dan menjalankan aktiviti yang menyeronokkan serta berkaitan dengan kehidupan sebenar.

Saya juga menekankan pembentukan nilai murni, sikap positif dan disiplin dalam kalangan murid. Pentaksiran formatif digunakan secara berterusan untuk menilai tahap kefahaman dan menyesuaikan pengajaran mengikut keperluan murid.
Rating & Review

Ashikin

Bahasa Melayu

Tutor yang bagus

Ashikin

Bahasa Melayu

Tutor telah menjayakan kelas dengan komited & anak saya lebih yakin dalam penulisan karangan. Semoga keputusan uasa ada peningkatan. Terima kasih Cikgu Shafieka.

Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 1 Tingkatan 3 Tingkatan 2
Bahasa Melayu
Cambridge - Tahun 10 Cambridge - Tahun 9 Cambridge - Tahun 8 Cambridge - Tahun 7 Tingkatan 1 Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Darjah 4 Darjah 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sejarah
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4
Bahasa Melayu SJKC
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 5 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 4 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 5