Profile Picture

Nur Alyaa *******

Sarjana Muda - Pure chemistry

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Ongoing Study)

Shah Alam, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Alyaa Nasuha merupakan seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda Kimia Tulen yang berdedikasi serta bersemangat dalam membantu pelajar memahami subjek sains, matematik, dan kimia dengan mudah. Saya seorang tutor yang mesra, penyabar, dan suka memberi semangat kepada pelajar agar mereka yakin dengan kebolehan diri.

Saya juga sangat menekankan komunikasi dua hala dalam kelas — pelajar bebas bertanya dan berkongsi pendapat. Saya akan bantu dari segi pengurusan masa belajar, teknik menjawab soalan, dan pengukuhan konsep.

Dengan kemahiran saya dalam pengajaran secara interaktif serta penggunaan bahan visual yang menarik, saya akan pastikan setiap sesi pembelajaran menyeronokkan dan berkesan.
Teaching Method(s)
Saya menjalankan kelas secara dalam talian menggunakan Google Meet, Webex, dan Google Classroom. Kelas saya bersifat interaktif dan fleksibel, bergantung kepada tahap dan gaya pembelajaran pelajar.
• Saya menerangkan topik dengan jelas serta menggunakan slide, video dan lukisan bagi membantu pelajar memahami dengan lebih mudah.
• Saya menggalakkan pelajar untuk bertanya soalan dan memastikan mereka benar-benar faham sebelum bergerak ke topik seterusnya.
• Saya memberikan latihan tambahan atau kerja rumah melalui Google Classroom supaya pelajar dapat mengulang kaji selepas kelas.
• Saya juga mengulang semula pelajaran lepas dan membuat kuiz ringkas untuk menguji kefahaman pelajar.
• Fokus utama saya adalah untuk memantapkan asas pelajar terlebih dahulu, kemudian barulah bergerak ke soalan yang lebih mencabar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Kimia DLP
Tingkatan 4 Tingkatan 5