Profile Picture

Nursyaza Nisa *******

Sarjana Muda - Sains Statistik

Universiti Teknologi MARA (Seremban) (Graduated)

Selama, Perak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan saya ialah Syaza. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 3 bulan dalam bidang pendidikan. Sepanjang tempoh tersebut, saya mengajar di kolej vokasional, khususnya dalam subjek Matematik sebagai subjek utama.
Saya mempunyai kemahiran khusus dalam menggunakan teknologi pendidikan seperti Quizizz, Padlet, ZepQuiz dan Canva bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan interaktif.
Teaching Method(s)
Dalam pembelajaran, saya sentiasa berusaha menerapkan pelbagai teknik menarik agar pelajar lebih terlibat dan seronok belajar. Antara teknik yang sering saya gunakan ialah penggunaan set induksi berasaskan situasi harian, contohnya menggunakan gambar lif dan had muatan untuk topik ketaksamaan linear, serta kuiz interaktif seperti Quizizz bagi mengukuhkan kefahaman dengan cara yang menyeronokkan. Saya juga menggunakan lembaran kerja berperingkat (mudah ke susah), soal jawab spontan, dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL) untuk menggalakkan pemikiran kritis.
Untuk memastikan pelajar benar-benar memahami ilmu yang diajar, saya mengamalkan pengajaran berulang secara berfasa, iaitu dengan memberi penerangan ringkas, contoh berpandu, latihan kendiri, dan semakan bersama. Selain itu, saya sentiasa memberi maklum balas segera dan menggalakkan pelajar bertanya soalan tanpa rasa takut atau malu.
Saya juga sering menekankan kebiasaan membuat latihan secara konsisten bagi membiasakan pelajar dengan kepelbagaian bentuk soalan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5