Profile Picture

Salsabila Zulkiflee

Sarjana Muda - Syariah

Universiti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (Graduated)

Kota Bharu, Kelantan

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Rendah

Training PKSK & UKKM

Training Introduction To Cambridge

Training Motivation In Education

Training Personality Test & Multiple Intelligence

Training Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya Salsabila, mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan dengan mengajar secara sambilan. Merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan komited dalam menyampaikan ilmu serta mendidik, mempunyai semangat yang tinggi dalam membantu pelajar untuk memahami dan mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kelas serta membantu untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dengan izin Allah SWT. Saya merupakan seorang yang peramah dan mudah mesra dengan pelajar dalam mendidik dan memastikan anak didik saya mencapai matlamat atau objektif yang mereka inginkan setiap kali menghadiri sesi pembelajaran bersama saya. Saya juga akan membantu pelajar untuk mencari kaedah pembelajaran yang berkesan supaya pelajar mudah memahami setiap topik yang diajar dan merasa seronok belajar. Walaubagaimanapun, saya juga mempunyai kekurangan, inshaAllah saya sedaya upaya akan usahakan supaya ia tidak menjadi satu perkara besar yang dapat mengurangkan semangat pelajar saya nanti. Jadikan saya sebagai tutor anda untuk mendapatkan sesi pembelajaran yang santai dan menyeronokkan.
Teaching Method(s)
Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada tahap kemampuan para pelajar. Saya menggunakan Pendekatan Interaktif iaitu melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran seperti perbincangan, aktiviti dan permainan dalam sesi pembelajaran supaya membantu mereka lebih terlibat dan memahami topik dengan lebih baik. Selain itu, antara teknik yang saya lakukan ialah libatkan murid dalam Proses Pengajaran iaitu beri peluang kepada murid untuk mengajar sebahagian topik atau mendengar pandangan mereka. Hal ini bukan sahaja menarik minat mereka tetapi juga memperkukuhkan pemahaman mereka terhadap subjek. Seterusnya, terdapat juga pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar dengan menghafal atau mengadakan quiz online.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5
Sejarah
Tingkatan 1
Pengajian Islam
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Asas Fardhu Ain
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6