Profile Picture

Umi Nabila *******

Sarjana Muda - BAHASA MELAYU

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Institut Perguruan

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Rendah

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan pelajar dalam bidang Pendidikan Rendah (Bahasa Melayu) di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Saya minat membimbing murid sekolah rendah, khususnya dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah difahami. Saya seorang yang mesra, sabar dan tegas pada tempatnya. Saya percaya setiap murid mempunyai potensi untuk berjaya jika dibimbing dengan pendekatan yang sesuai.

Sebagai bakal guru, saya ingin menimba pengalaman mengajar dan mengembangkan kemahiran dalam mendidik murid sekolah rendah. Bagi saya, pembelajaran Bahasa Melayu bukan sekadar untuk pencapaian akademik, tetapi juga penting untuk membina keyakinan dan minat murid terhadap bahasa.
Teaching Method(s)
Saya mengajar dalam suasana yang santai tetapi terarah, mengikut keperluan dan gaya belajar murid. Pendekatan saya bersifat interaktif dan menyeronokkan, supaya murid lebih mudah faham dan kekal bermotivasi sepanjang sesi. Saya percaya bahawa murid akan lebih seronok belajar jika mereka terlibat secara aktif. Oleh itu, saya gemar menggunakan pelbagai kaedah seperti nyanyian, permainan bahasa, kuiz dan bahan visual. Saya juga sentiasa menyesuaikan isi dan gaya pengajaran mengikut tahap dan keperluan setiap murid.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4