Profile Picture

Siti Najihah *******

Sarjana Muda - Al Quran dan Sunnah, Pendidikan Islam

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Masai, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya dikenali dengan panggilan mesra Cikgu Najihah dalam kalangan warga sekolah. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama tiga tahun di peringkat sekolah rendah, khususnya dalam subjek Pendidikan Islam, yang merupakan subjek utama saya. Selain itu, saya turut diberi kepercayaan untuk mengajar Bahasa Arab dan kadangkala membantu dalam Pendidikan Moral untuk kelas integrasi. Melalui pengalaman ini, saya berpeluang mendekati pelbagai latar belakang murid dan menyesuaikan pendekatan pengajaran saya agar bersifat inklusif dan berkesan.

Saya memiliki beberapa kemahiran khusus dalam bidang Pendidikan Islam, antaranya ialah kemahiran dalam pengajaran al-Quran dan tajwid secara talaqqi musyafahah, kemahiran membina bahan bantu mengajar digital, serta penguasaan terhadap pelbagai aplikasi teknologi PdPc seperti Wordwall, Canva, dan Google Forms. Saya juga komited untuk menyemai nilai-nilai akhlak Islamiah dalam diri murid melalui aktiviti reflektif dan amali yang dijalankan secara terancang.

Antara kejayaan yang amat bermakna sepanjang kerjaya saya ialah kejayaan membimbing murid-murid Tahun 6 untuk khatam al-Quran secara serentak menjelang ujian melalui penggunaan inovasi QR Code Khatam, hasil inisiatif Panitia Pendidikan Islam sekolah kami. Inovasi ini telah memenangi johan pertandingan inovasi peringkat kebangsaan, dan ia menjadi pencetus semangat kepada guru-guru lain untuk terus memperkasa pendekatan pengajaran yang kreatif dan berimpak tinggi.
Teaching Method(s)
Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran harian, saya mengaplikasikan pelbagai teknik dan kaedah yang menarik serta berpusatkan murid bagi memastikan penglibatan aktif dan kefahaman yang mendalam. Antaranya termasuk penggunaan kaedah permainan pendidikan (game-based learning) melalui aplikasi interaktif seperti Quizizz, Wordwall dan roda digital. Kaedah ini bukan sahaja menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, malah membantu murid menguasai isi pelajaran secara tidak langsung dan santai.

Saya juga menggalakkan aktiviti pentas mini dan galeri berjalan, seperti lakonan kisah sirah, bacaan berlagu, persembahan azan dan hasil kerja murid yang dipamerkan dalam bilik darjah. Aktiviti sebegini mampu meningkatkan keyakinan diri murid serta memupuk semangat kerja berpasukan. Selain itu, pendekatan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) turut diterapkan melalui aktiviti kolaboratif seperti teknik jigsaw, think-pair-share, dan pembelajaran berasaskan projek. Aktiviti ini menggalakkan pemikiran kritis, komunikasi berkesan, serta kreativiti dalam kalangan murid.

Bagi memenuhi pelbagai gaya pembelajaran, saya menggunakan pendekatan Visual-Audio-Kinestetik (VAK) yang menggabungkan elemen visual seperti carta dan peta minda, elemen audio seperti rakaman bacaan atau nasyid, serta elemen kinestetik seperti lakonan dan aktiviti fizikal. Teknik ini membantu murid memahami pelajaran mengikut kecenderungan masing-masing. Di samping itu, saya turut mengajar murid teknik menjawab soalan peperiksaan secara sistematik melalui penggunaan kata kunci, latih tubi berfokus, serta bahan bantu seperti “Kad Soalan Cepat”, “Sirah 5 Minit” dan “Peta Minda Tajwid”.

Sebagai tambahan, saya sentiasa memastikan isi pelajaran dikaitkan dengan kehidupan harian murid, supaya ilmu yang disampaikan menjadi lebih bermakna dan dapat diamalkan. Saya percaya bahawa pendekatan pengajaran yang bervariasi dan relevan bukan sahaja menyokong pencapaian akademik, tetapi juga menyemai nilai Islam yang utuh dalam diri murid.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Tadika Darjah 5 Darjah 6
Pendidikan Islam
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Mengaji - Al-Quran
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6