Profile Picture

Nuradreeana Arrisa *******

Sarjana Muda - Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Seri Kembangan, Selangor

Institut Perguruan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hi. Nama saya Nuradreeana Arrisa tetapi saya lebih suka dikenali sebagai Cikgu Arrisa. Saya merupakan guru pelatih dan masih belajar. Tetapi, saya mempunyai pengalaman selama 3 bulan dalam mengajar subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Subjek major saya ialah Bahasa Melayu dan subjek minor saya ialah Bahasa Inggeris. Saya memliki beberapa kemahiran khusus seperti kemahiran komunikasi yang berkesan, kemahiran pengurusan bilik darjah dan kemahiran pedagogi. Saya mampu untuk menyampaikan isi pelajaran dengan jelas dan mudah difahami oleh murid dari pelbagai tahap, saya cekap dalam mengurus masa, tingkah laku dan aktiviti supaya pembelajaran berjalan dengan lancar dan saya mahir menggunakan strategi pengajaran berpusatkan murid seperti pembelajaran koperatif dan berasaskan inkuiri. Sebagai guru pelatih, kejayaan terbaik saya ialah apabila saya berjaya mengendalikan sesi pengajaran mikro di hadapan pensyarah dan rakan-rakan dengan lancar dan mendapat maklum balas positif. Saya juga berjaya membina RPH sendiri yang selaras dengan DSKP dan diterima baik oleh pensyarah. Ia memberi saya keyakinan bahawa saya berada di landasan yang betul untuk menjadi seorang guru yang berkesan.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pelbagai teknik yang menarik untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan. Antaranya ialah pembelajaran berasaskan permainan (game-based learning), pembelajaran koperatif, aktiviti PAK-21 dan pembelajaran berasaskan projek (project-based learning). Saya juga mengamalkan pendekatan murid ialah fokus utama pembelajaran (student-centred learning) di mana saya menggunakan pendekatan berbeza untuk memberi tugasan mengikut tahap murid dan soalan aras tinggi dan rendah untuk menguji pemahaman dan mengalakkan pemikiran kritis.
Rating & Review

Siti Zakiah Binti Mamat

Membaca B. Melayu

Nampak perubahan, terbaik tutor.

Siti Nurakma Binti Khaieri

Bahasa Inggeris

Anak saya lemah dalam bahasa Inggeris..setelah mengikuti MYTutor dengan Teacher Adreanna nampak peningkatan dalam pemahaman dan ‘Spelling’..anak saya seronok sangat katanya. InsyaAllah saya nak register untuk subjek lain nanti. Terimakasih teacher MyTutor !

Siti Zakiah Binti Mamat

Membaca B. Melayu

Ada peningkatan dalam pembelajaran anak.

Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Inggeris
Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Cambridge - Tahun 1 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Mathematics DLP
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3