Profile Picture

Nur Hazwani *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Kaunseling

Universiti Malaysia Terengganu (Graduated)

Batu Caves, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Saya Cikgu Wani adalah seorang tutor berjiwa tinggi dan berdedikasi dalam mendidik generasi kini yang mempunyai pengalaman selama 6 tahun sebagai pendidik mengajar pelajar pra sekolah dan sekolah rendah. Kepakaran saya adalah dalam subjek bahasa melayu. Manakala subjek sampingan adalah mengajar subjek matematik dan latihan membaca 3M bagi pelajar yang lemah bagi pelajar pra sekolah dan rendah. Saya juga mempunyai latar belakang kaunseling, dengan ilmu yang saya perolehi, saya cuba yang terbaik mengaplikasikan kemahiran perkembangan diri serta latihan kognitif dan berfikiran kritis sewaktu PnP dijalankan kepada pelajar saya supaya semua pelajar mendapat maklumat hasil daripada pembelajaran tersebut. Saya juga berkemahiran dalam meningkatkan kemahiran membaca pelajar yang lemah dalam bacaan menjadi lebih baik dengan menggunakan pendekatan belajar sambil bermain boleh meningkatkan pemahaman pelajar dalam bacaan. Saya juga berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang boleh ramai melahirkan pelajar yang cemerlang pada masa akan datang. Saya juga pernah mengendalikan seminar Skor A bersama pelajar tahun 6 di sebuah sekolah di Kuala Terengganu bagi persediaan sebelum menghadapi peperiksaan. Nak anak skor cemerlang dan selaras dengan perkembangan diri serta ingin anak berkeyakinan tinggi? Jom hubungi saya hari ni.
Teaching Method(s)
Berpengalaman selama 6 tahun dalam industri pendidikan. Saya menerapkan pendekatan bermain sambil belajar. Pendekatan ini saya gunakan bagi menarik perhatian pelajar dalam belajar sesuatu topik tanpa bosan. Melalui pendekatan ini juga pelajar dapat mengeluarkan idea dan soalan yang bermain dalam pemikiran mereka. Saya banyak menggunakan kad imbas dan membuat latihan 'role play' iaitu pelajar melakonkan semula dengan peranan masing-masing bergantung pada topik pembelajaran. Pendekatan ini dapat membantu pelajar dalam memahami situasi dan keadaan yang dihadapi kini. Kepuasan dan kejayaan anak-anak adalah visi saya sebagai pendidik.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Membaca B. Melayu Tadika, Darjah 1
Bahasa Melayu Tadika, Darjah 2, Darjah 3
Mengaji - Iqra Tadika
Matematik Darjah 2, Darjah 1