Profile Picture

Nurhana Najwa *******

Diploma Pascasiswazah - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Ipoh, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Menengah

Training PKSK & UKKM

Training Introduction To Cambridge

Training Motivation In Education

Training Personality Test & Multiple Intelligence

Training Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai nama saya Cikgu Hana. Saya seorang guru praktikal yang telah menjalani pengalaman mengajar selama tiga bulan di sebuah sekolah menengah. Sepanjang tempoh praktikum, saya telah mengajar subjek Bahasa Melayu untuk pelajar menengah rendah. Walaupun pengalaman saya masih baharu, saya sangat berminat untuk terus mendalami dunia pendidikan, terutamanya dalam memupuk kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar. Selain itu, saya juga mempunyai beberapa kemahiran khusus seperti kebolehan merancang pengajaran berasaskan pendekatan PAK21 dengan menggunakan bahan digital interaktif seperti Canva dalam PdP serta mengurus pelajar dengan latar belakang dan tahap pencapaian yang berbeza.

Sebagai pendidik muda yang sedang menunggu pengijazahan, saya berharap supaya dapat terus menyumbang dalam dunia pendidikan dengan penuh semangat dan kesungguhan kerana saya percaya setiap pelajar ada potensi yang tersendiri dan saya sedia membantu menyerlahkannya.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang guru muda, saya memahami bahawa pelajar masa ini mempunyai banyak halangan untuk fokus di dalam kelas kerana kaedah pengajaran yang kurang memberansangkan. Oleh itu, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya, teknik yang saya sering gunakan untuk menjadikan pembelajaran aktif dan berpusatkan pelajar adalah dengan menggunakan bahan digital seperti Canva, Wordwall dan Quizizz untuk mencipta aktiviti kuiz interaktif, nota visual dan permainan bahasa yang dapat menarik perhatian pelajar. Selain itu, saya sering memasukkan elemen gamifikasi untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3