Profile Picture

Mohammad Saiful *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Pendidikan Bahasa Inggeris (Tesl)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ongoing Study)

Tanjong Malim, Perak

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
1)Saya Saiful Mukhris merupakan pelajar semester akhir dalam jurusan pendidikan Bahasa Inggeris TESL di UPSI.

2)Berpengalaman dalam bidang pendidikan dimana saya banyak berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris dan sejarah dalam program Latihan Mengajar di sekolah menengah sekitar Perak, Selangor dan Kelantan menerusi program program praktikal perguruan UPSI

3.Sebagai pelajar jurusan pendidikan saya juga banyak terlibat dalam bengkel pendidikan dan mengaplikasikan strategi pengajaran modern yang pelbagai dalam bilik darjah semasa mengajar untuk memastikan pengajaran dapat dilaksanakan dengan efektif.

3. Mempunyai pemahaman yang kukuh dan pelbagai dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris, Spanish, Falsafah modern, Sastera modern dan Pengajian Am, Geografi dll yang melibatkan bidang Bahasa Komunikasi dan kemahiran pemikiran kritis.

4.Secara umumnya sebagai pelajar jurusan pendidikan saya dari peringkat awal lagi memang sudah didedahkan dengan segala jenis ilmu dan kemahiran yang berkaitan tentang pendidikan dan ini menjadikan saya lebih berkemahiran dan selesa dalam mendidik para pelajar.

5. Visi saya bukan semata mata untuk menjadikan pelajar saya cemerlang A+ dalam exam tapi untuk mereka mampu menjadi pemikir yang unggul dan berdikari, saya ajar mereka untuk berfikir dengan kritis dan berpendirian bukan untuk menghafal nota semata mata.

Teaching Method(s)
1.Cooperative Learning
Pelajar digalakkan untuk bekerjasama antara satu sama lain dan juga antara pelajar dan guru sebagai satu unit dalam kelas dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan

2.Discussion and argumentative dialogue”
Pembelajaran banyak dijalankan secara verbal dimana para pelajar digalakkan untuk brainstorming berhujah dan berdiskusi dengan guru semasa pembelajaran dijalankan. Teknik ini kebiasaannya digunakan bagi pelajar peringkat tinggi dan sangat berkesan dalam menguatkan pemahaman dan pemikiran kritis pelajar dan guru dalam sesuatu topic yang dibincangkan.

3.Formative assessment”
Pelajar akan diberikan ujian dalam bentuk komunikasi verbal, bertulis ataupun quiz secara berperingkat dan konsisten bagi mengenal pasti tahap pemahaman mereka mengenai sesuatu topik yang diajar bagi memudahkan guru untuk memilih teknik dan pace yang sesuai bagi setiap pelajar agar tiada pelajar ketinggalan dalam kelas

4. Secara umumnya pendekatan saya dalam mendidik lebih menekankan pemahaman mendalam pelajar dalam sesuatu topik dan kebolehan mereka dalam menyampaikan pemikiran mereka secara holistik sama ada dalam bentuk penulisan, pembentangan idea mahupun secara verbal.
dalam
Subject
Subject School Level
Sejarah STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 5, Tingkatan 3, Darjah 6
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
MUET STPM - Tingkatan 6
Geografi Tingkatan 5, Tingkatan 3
Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 5
Kesusasteraan Inggeris Tingkatan 5
Tasawwur Islam Tingkatan 5
Communication & Writing Tingkatan 5, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Darjah 6
Membaca B. Melayu Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 6
Sains Darjah 6
P. Islam Darjah 6
Pendidikan Moral Darjah 6