Profile Picture

Delima Humaira *******

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (Fizik)

Universiti Malaya (Petaling Jaya) (Ongoing Study)

Petaling Jaya, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Delima ialah nama panggilan saya. Saya berpengalaman menjadi tutor Matematik secara 1-1 untuk seorang murid darjah 6 bagi persediaan UPSR pada tahun 2019, selama setahun dan boleh juga mengajar subjek Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan subjek agama. Untuk pengetahuan semua, saya merupakan pelajar tahun dua yang masih belajar di Universiti Malaya mengambil kursus Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains iaitu kurus dua major dan merupakan bekas ketua pengawas di SMK Seksyen 10 Kota Damansara serta bekas penolong ketua pengawas pusat sumber di SK Seksyen 9 Kota Damansara. Saya sering dipuji oleh rakan-rakan kerana mempunyai sikap yang peramah terutamanya dengan kanak-kanak, tenang, penyabar dan boleh mengawal keadaan secara pantas serta sentiasa positif. Saya pernah menjuarai pidato, syarahan, syair peringkat Petaling Jaya Sekolah Menengah dan berkeyakinan tinggi bahawa saya boleh mendidik murid menjadi seperti saya dan lebih lagi! Sebagai seorang pelajar, saya tahu kesukaran dalam memahami satu subjek itu, jadi saya yakin saya boleh membimbing murid untuk menjadi rajin, produktif, proaktif seterusnya memahami subjek yang dipelajari untuk mendapat A+.
Teaching Method(s)
Saya suka mengenali personaliti, prestasi dan cara belajar murid terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran. Dengan fahaman ini, saya dapat tambah baik kekurangan yang ada dan cuba mengadaptasi dengan karakter murid menggunakan teknik yang sesuai. Contohnya, jika murid itu seorang yang tidak suka membaca, saya akan mengajar mereka dengan cara bercerita, menggunakan visual dan kaitkan dengan kehidupan seharian atau aktiviti kegemaran murid itu. Selain itu, saya suka jika murid dapat mengajar semula kepada saya tentang perkara yang telah dipelajari dan memperbanyakkan latihan pengukuhan bagi memantapkan pemahaman murid. Saya juga mahir dalam menggunakan elemen media seperti poster infografik, nota bergambar dan video menarik dalam sesi pembelajaran untuk menarik minat murid dan memperbanyakkan sesi soal jawab seperti perbualan harian agar murid berasa selesa dan tenang untuk mengajukan soalan kepada saya. Belajar merupakan rutin harian saya. Oleh itu, saya tahu cara belajar dengan berkesan dan berbesar hati untuk kongsikan teknik-teknik ini kepada pelajar lain.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Matematik
Darjah 1 Tadika Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 Mengaji
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 5 Tingkatan 4 Dewasa Cambridge - Tahun 1 Cambridge - Tahun 2 Cambridge - Tahun 3 Cambridge - Tahun 4 Cambridge - Tahun 5 Cambridge - Tahun 6 Cambridge - Tahun 7 Cambridge - Tahun 8 Cambridge - Tahun 9 Cambridge - Tahun 10 Cambridge - Tahun 11 Universiti - Diploma KAFA - Darjah 1 KAFA - Darjah 2 KAFA - Darjah 3 KAFA - Darjah 4 KAFA - Darjah 5 KAFA - Darjah 6 Mengaji
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 4 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik Tambahan
Tingkatan 4 Tingkatan 5