Profile Picture

Aiman Bin *******

Sarjana Muda - Sains Komputer

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Ongoing Study)

Taiping, Perak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama diberi adalah Aiman, tanpa ada Muhammad di hadapan. Saya tiada pengalaman mengajar secara terbuka melainkan adik-beradik saya sahaja ketika cuti semester. Subjek-subjek utama yang saya suka dan berminat untuk ajar adalah asas sains komputer, sains komputer, dan matematik. Hal ini kerana ketiga-tiga subjek itu berkait rapat dan sudah menjadi sebahagian daripada bidang yang saya sedang ceburi sekarang di IIUM. Saya dan pasukan saya mendapat tempat kelima dalam sebuah pertandingan mengekod di UiTM Shah Alam, iaitu ProSolve 2025. Selain itu, saya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan hackathon, codedojo hackathon yang diadakan secara tertutup di KICT, IIUM. Saya juga meraih tempat ketujuh dalam ICECTF: Chapter 1 di IIUM juga. Ia merupakan pertandingan hacking yang disertai oleh ramai pelajar IIUM dalam bidang kejuruteraan dan sains komputer.
Teaching Method(s)
Saya suka berkongsi daripada menyuruh. Sebagai conntohnya, dalam subjek asas sains komputer, saya suka memberi pendedahan tentang bagaimana saya selesaikan soalan mengira nombor binari dan soalan tentang menukarnya ke asas-asas nombor yang lain. Latih tubi adalah kunci untuk mahir dalam sesuatu ilmu yang dipelajari. Maka, saya lebih suka untuk memberi peluang kepada pelajar saya untuk selesaikan sesuatu soalan atau masalah mengikut kaedahnya sendiri dengan pantauan saya. Hal ini kerana saya dapat memastikan bahawa kaedahnya tidak tersasar jauh dari bentuk penyelesaian masalah yang asal. Malah, bagi saya, cara ini dapat membuka minda para pelajar saya untuk berinovasi dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan lebih baik dan lebih menarik. Kemudian, saya mengutamakan topik-topik yang mereka kurang faham agar mereka dapat menguasai topik tersebut dengan lebih baik, walaupun sedikit.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 1
Asas Sains Komputer
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains Komputer
Tingkatan 4 Tingkatan 5