Profile Picture

Adeera Sarila *******

Sarjana Muda - Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Sungai Petani, Kedah

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Cikgu Dee. Saya berpengalaman mengajar di sekolah rendah, khususnya semasa menjalani praktikum di sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) serta melaksanakan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) di dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Fokus utama saya adalah dalam subjek Bahasa Melayu, manakala subjek tambahan yang saya boleh ajar termasuklah Sains dan Matematik, terutamanya bagi murid Tahap 1. Antara kemahiran khusus yang saya miliki ialah kebolehan mengintegrasikan pembelajaran interaktif dan menyeronokkan melalui pelbagai pendekatan inovatif. Kejayaan terbaik yang pernah saya capai ialah Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Praktikum Cemerlang semasa pengajian saya.
Teaching Method(s)
Saya gemar menggunakan teknik gamifikasi dan kaedah bermain sambil belajar bagi menarik minat murid dan memastikan pengajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami.

Pendekatan pengajaran saya adalah berpusatkan pelajar, di samping menggalakkan pembelajaran koperatif agar murid dapat berkolaborasi dan membina pemahaman secara aktif. Saya juga mengajar teknik menjawab yang sistematik agar murid dapat skor dengan lebih baik dalam peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Sains
Tadika Darjah 1 Darjah 3 Darjah 2