Profile Picture

Mas Rifatulrimuni *******

Sarjana Muda - Pendidikan Islam SK

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Bandar Sibu, Sarawak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Assalamualaikum dan hi!
Saya Cikgu Muni, guru pelatih dalam bidang pendidikan (Ijazah Sarjana Muda Perguruan) di Institut Pendidikan Guru Kampus Malaysia Batu Lintang. Kini saya masih menyambung pengajian di IPG dan berada di tahun akhir bagi subjek major Pendidikan Islam dan subjek minornya Bahasa Arab.

Saya pernah menjalani latihan mengajar iaitu praktikum di sekolah agama rendah terbaik di Sarawak dan telah menimba banyak ilmu daripada guru-guru hebat di sekolah tersebut. Kini saya berada di semester terakhir di IPG.

Selain daripada mengajar subjek major dan minor saya iaitu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, saya juga boleh mengajar Matematik dan Bahasa Melayu bagi peringkat sekolah rendah.

Saya fasih berbahasa Melayu dan keputusan peperiksaan bagi setiap semester saya di IPG adalah baik dan cemerlang. Saya amat gigih dalam menyampaikan sesuatu pembelajaran kepada murid-murid dan saya akan membantu setiap murid saya untuk mencapai kejayaan sesuai dengan kemampuan dan potensi mereka. Saya percaya setiap murid semestinya mempunyai kebolehan dan kemahiran yang tersendiri.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang tutor yang belajar di zaman yang dikelilingi dengan kemodenan yang serba canggih, saya akan menyelaraskan metod pengajaran saya dengan menggunakan bahan-bahan digital yang menarik. Saya yakin bahawa penggunaan bahan-bahan digital dalam tutoring akan membantu dalam menarik perhatian murid untuk kekal fokus semasa kelas. Saya juga akan menyediakan nota-nota yang menarik dan sesuai untuk pembacan murid-murid supaya murid-murid lebih mudah faham dan tertarik dengan pembelajaran yang diajarkan. Saya akan menggunakan aplikasi seperti Quizizz, Kahoot, Canva dalam sesi pembelajaran supaya murid dapat mengukuhkan lagi pemahaman mereka dalam sesuatu subjek tersebut.

Saya juga memahami konsep pembelajaran terbeza di mana saya faham bahawa setiap murid mempunyai pendekatan dan potensk yang berbeza dalam setiap pembelajaran.Oleh itu, saya akan mengesan tahap penguasaan dan kemampuan murid tersebut terlebih dahulu untuk memastikan sesi pembelajaran menjadi berkesan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Pendidikan Islam
Darjah 3 Darjah 1 Darjah 2 Tadika
Bahasa Arab
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Jawi
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
KAFA
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5