Profile Picture

Nur Addina *******

Sarjana Muda - Bachelor in Education (Bahasa Melayu)

Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Temenggong Ibrahim, Johor (Ongoing Study)

Johor Bahru, Johor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Nama saya Nur Addina Umairah dan mesra dipanggil sebagai teacher dina atau cikgu dina. Saya merupakan tutor lepasan SPM yang bergraduasi dari sekolah SM Sains Kota Tinggi. Pada tahun 2022-2027 saya melanjutkan pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Institut Pendidikan Guru dalam bidang bahasa Melayu tahun 3 semester 1.

Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dalam membantu pelajar memahami pelajaran dengan cara yang lebih mudah, menyeronokkan, dan berkesan. Saya percaya bahawa setiap pelajar mempunyai perbezaan keupayaan. Oleh itu sebagai tutor, saya akan memastikan setiap murid mempunyai potensi untuk cemerlang dengan memberikan bimbingan yang sesuai melalui gaya pembelajaran yang sesuai dengan mereka.

Sebelum ini, saya pernah menjadi tutor kepada murid tahun lima bagi subjek sains, matematik, english dan bahasa Melayu. Seterusnya, murid tingkatan dua dalam subjek sains, matematik, sejarah dan bahasa Melayu. Saya juga telah menjalani program praktikum iaitu salah satu kursus wajib dalam pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Saya telah menjadi guru praktikal selama 3 bulan di SK Ngee Heng dan mengajar subjek sains bagi murid tahun 3 serta bahasa Melayu bagi murid tahun 5.

Misi saya sebagai tutor di MyTutor adalah untuk membantu pelajar bukan sahaja lulus peperiksaan, tetapi juga membina kefahaman yang kukuh dan rasa seronok terhadap pembelajaran. Saya menantikan peluang untuk membimbing anda ke arah kejayaan!
Teaching Method(s)
Saya seorang guru yang boleh menerima teguran sekiranya saya melakukan kesalahan. Saya boleh berbincang jika mempunyai masalah dan akan memperbaiki kesalahan saya untuk memastikan anak didik saya mencapai tujuan mereka agar berjaya pada masa hadapan. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.

Melalui pengalaman serta ilmu yang telah diperoleh sepanjang menjadi tutor, guru praktikal dan pembelajaran di Institut Pengajian, membolehkan saya untuk menggunakan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai dan menarik untuk murid-murid. Saya akan menerapkan Student-Centered Learning yang akan menguatamakan pembelajaran berpusatkan murid. Pelajar akan didorong untuk menyelesaikan masalah seperti soalan-soalan secara kendiri dan aktif bertanyakan soalan dengan bimbingan guru. Selain itu, saya juga akan menggunakan kaedah berpusatkan bahan iaitu sebagai bahan ransangan kepada murid. Murid-murid terutamanya pelajar sekolah rendah lebih cenderung untuk memahami pembelajaran yang mempunyai bahan ransangan. Seterusnya, saya juga akan menyediakan bahan pengajaran seperti slaid pembelajaran, bahan bantu belajar yang menarik untuk menarik minat dan fokus murid semasa pengajaran dijalankan. Kebiasannya, saya sering memberikan tugasan kepada murid selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai pengukuhan pemahan murid dalam topik yang dipelajari.

Saya juga percaya bahawa sikap positif, kesabaran, dan komunikasi dua hala antara tutor dan pelajar adalah kunci kejayaan dalam proses pembelajaran. Oleh itu, saya sentiasa menggalakkan pelajar saya untuk bertanya, berbincang, dan membina keyakinan diri.

Semoga dengan kepelbagaian kaedah dan teknik yang diterapkan dapat membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran atau dapat memberikan kecermelangan yang konsisten. Jom bertutor dengan saya!
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6