Profile Picture

Muhammad Hazim

Sarjana Muda - BAHASA MELAYU

Universiti Kebangsaan Malaysia (Ongoing Study)

Jitra, Kedah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Hazim. Walaupun belum mempunyai pengalaman mengajar secara rasmi, saya berminat untuk mempelajari teknik dan kaedah pengajaran yang berkesan. Saya berhasrat untuk mendalami cara mengajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Bidang yang saya ingin fokuskan ialah subjek teras seperti Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains. Subjek tambahan merangkumi subjek Ekonomi.. Saya juga bersemangat untuk menguasai kemahiran khusus seperti komunikasi berkesan, penggunaan teknologi dalam pengajaran, dan pengurusan kelas secara kreatif. Kejayaan terbaik sepanjang di universiti dan sekolah merangkumi kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Akan tetapi, kejayaan ini perlu dimanifestasikan dalam dunia realiti.
Teaching Method(s)
Dalam pembelajaran, saya berhasrat untuk menerapkan teknik-teknik menarik seperti penggunaan bahan bantu mengajar yang interaktif, permainan pendidikan (gamifikasi), dan aktiviti berasaskan projek supaya murid lebih terlibat secara aktif. Saya juga ingin memanfaatkan teknologi seperti kuiz dalam talian, video pembelajaran, dan simulasi bagi menjadikan suasana kelas lebih menyeronokkan.

Pendekatan yang saya rancang untuk digunakan bagi memastikan pelajar memahami ilmu yang diajar adalah pendekatan berpusatkan pelajar, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk bertanya, berbincang, dan mencuba sendiri. Saya percaya kaedah seperti penjelasan secara berperingkat, penggunaan contoh kehidupan sebenar, dan pembelajaran kolaboratif dapat membantu murid menguasai topik dengan lebih baik.

Bagi membantu pelajar skor dengan baik, saya akan mengajar teknik belajar pintar seperti membuat peta minda, nota ringkas, kaedah ulang kaji berjadual, latihan soalan peperiksaan lepas, dan teknik menjawab soalan mengikut format yang betul. Dalam masa yang sama, saya sedaya upaya membimbing pelajar mengurus masa dengan baik serta memberi motivasi supaya mereka yakin ketika menghadapi peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Melayu
Darjah 2 Darjah 1 Darjah 3 Tingkatan 1 Darjah 4 Darjah 5 Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Sejarah
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6