Profile Picture

Muhammad Aiman *******

Sarjana Muda - Perguruan (Bahasa Melayu)

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Bandar Baru Bangi, Selangor

Institut Perguruan

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training Motivation In Education

Training Online Class Preparation

Training Matematik Sek Menengah Atas

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya, Cikgu Aiman, memiliki pengalaman mengajar di beberapa buah sekolah semasa menjalani praktikum, selain hampir tiga tahun berkhidmat sebagai tenaga pengajar subjek Matematik dan Sains di pusat-pusat tuisyen.

Saya mahir memanfaatkan teknologi dalam pendidikan, antaranya Wayground, GeoGebra dan pelbagai aplikasi interaktif lain. Saya juga berpengalaman dengan pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) dalam pembelajaran Matematik dan Sains, hasil daripada pendedahan semasa menjadi bekas pelajar DLP pada era persekolahan dahulu.

Dari segi pencapaian akademik, saya pernah menerima Anugerah Emas Pengarah sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang saya. Sepanjang pengalaman mengajar, ramai pelajar bimbingan saya telah mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM bagi subjek Matematik dan Sains, hasil daripada kaedah pengajaran yang berfokus, interaktif dan berkesan.
Teaching Method(s)
Dalam sesi pengajaran, saya mengamalkan pendekatan berpusatkan murid bagi memastikan setiap pelajar mendapat bimbingan mengikut keperluan mereka. Pada awal sesi, saya akan meminta murid mengenal pasti dan mengemukakan tajuk yang kurang dikuasai. Fokus pengajaran kemudian diberikan sepenuhnya kepada topik tersebut bagi meningkatkan kefahaman dan keyakinan mereka.

Kaedah saya menekankan gabungan pemahaman holistik terhadap konsep pembelajaran dengan strategi menjawab soalan peperiksaan secara berkesan. Sepanjang proses pengajaran, saya menggunakan modul yang tersusun mengikut silibus semasa. Setiap sesi diakhiri dengan penilaian berbentuk latihan berformat UASA atau pentaksiran terkini di sekolah, bagi mengukur penguasaan pelajar dan memastikan mereka bersedia menghadapi peperiksaan sebenar.
Subject
Subject School Level
Matematik
Tingkatan 5 Tingkatan 4 Tingkatan 3 Tingkatan 2 Tingkatan 1
Sains
Tingkatan 1 Darjah 2 Tingkatan 3