Profile Picture

Wan Muhammad *******

Diploma / Stpm - Under Diploma (Accounting)

Universiti Sains Islam Malaysia (Ongoing Study)

Manjung, Perak

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya diberi Wan Muhammad Ajwad tetapi mesra dipanggil dengan nama Ajwad. Walaupun saya masih baru dalam bidang pengajaran secara rasmi, saya amat berminat untuk membantu pelajar sekolah rendah dalam memahami pelajaran mereka dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

Saya lebih cenderung kepada subjek-subjek asas seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Saya juga sering membantu adik-beradik dan rakan sekelas dalam topik-topik tertentu, terutamanya apabila mereka menghadapi kesukaran untuk memahami sesuatu topik.

Saya percaya bahawa asas yang kukuh di peringkat sekolah rendah sangat penting untuk kejayaan akademik di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, saya berusaha menyampaikan pengajaran dengan cara yang mesra, sabar, dan sesuai dengan tahap pemahaman pelajar.
Teaching Method(s)
Saya percaya bahawa pembelajaran yang berkesan bergantung kepada pendekatan yang sesuai dengan gaya belajar pelajar. Oleh itu, saya akan memastikan setiap sesi pembelajaran berlangsung secara interaktif dan fleksibel.

Saya gemar menggunakan nota ringkas, latihan berdasarkan soalan sebenar serta penekanan kepada teknik menjawab. Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar bukan sahaja memahami apa yang dipelajari, tetapi juga membina keyakinan untuk menghadapi peperiksaan dengan baik.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Tadika Darjah 2 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Darjah 3 Darjah 4 Darjah 2
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4
Perniagaan
Tingkatan 4 Tingkatan 5