Profile Picture

Wan Haziqah *******

Sarjana Muda - Sains Komputer (Teknologi Web) Kepujian

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Batu Pahat) (Ongoing Study)

Tanah Merah, Kelantan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya ialah Wan Haziqah Liyana binti Wan Abdul Aziz, dan saya lebih mesra dipanggil Ziqa. Walaupun saya masih baru dan belum mempunyai pengalaman formal dalam bidang pengajaran, saya amat berminat untuk menceburi bidang ini bagi menambah pengalaman baharu serta mencabar diri saya dalam bidang pendidikan.

Saya tidak pernah mengajar di sekolah rendah mahupun sekolah menengah, namun saya sangat gemar dengan beberapa subjek seperti Geografi, Tasawwur Islam, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris. Subjek-subjek ini amat dekat di hati saya kerana saya mempunyai keputusan yang cemerlang dalam kesemua subjek ini semasa di sekolah.

Antara kejayaan terbaik yang pernah saya capai ialah memperoleh 7A dalam SPM dan berjaya menamatkan pengajian Diploma dalam bidang Teknologi Maklumat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2024 dengan CGPA 3.41. Saya percaya bahawa dengan latar belakang akademik yang baik serta minat yang mendalam terhadap subjek yang saya gemari, saya mampu menyumbang dalam membantu pelajar memahami dan menguasai pelajaran dengan lebih baik.
Teaching Method(s)
Dalam pendekatan saya sebagai seorang pendidik baharu, saya menekankan kepada teknik penghafalan yang mudah diingat dan boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian. Saya percaya bahawa apabila pelajar dapat melihat kaitan ilmu dengan dunia sebenar, mereka akan lebih mudah memahami dan menghargainya.

Selain itu, saya menggunakan mind map dan nota ringkas sebagai alat bantu pembelajaran yang efektif. Dengan teknik ini, pelajar dapat mengenal pasti isi penting dengan lebih cepat dan mengingati maklumat dengan lebih lama.

Untuk membantu pelajar skor dengan baik dalam peperiksaan, saya menekankan teknik penghafalan isi utama (main points) yang berstrategi, di mana pelajar tidak perlu menghafal semuanya, tetapi cukup untuk memahami struktur dan poin-poin penting bagi menjawab soalan dengan tepat.

Saya percaya dengan pendekatan yang sesuai dan bersahaja, pelajar akan lebih yakin, seronok dan bermotivasi dalam pembelajaran mereka.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Melayu
Tadika
Bahasa Inggeris
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Pendidikan Islam
Tingkatan 4 Darjah 5
Geografi
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Tasawwur Islam
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pengaturcaraan (Programming)
KAFA - Darjah 1
Database system
Universiti - Diploma
Data Structure
Universiti - Diploma