Profile Picture

Dayang Syahirah *******

Degree (Non Education Faculty) - Linguistik

Universiti Malaysia Sarawak (Graduated)

Kuching, Sarawak

Tutor Training

Training B.Melayu Sek Menengah

Training B.Melayu Sek Rendah

PKSK & UKKM

Introduction To Cambridge

Motivation In Education

Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hello, saya Syahirah. Setakat ini masih belum ada pengalaman sebagai seorang pengajar. Namun, semasa saya di universiti sebelum ini, saya sudah dibiasakan dengan aktiviti pembentangan di dalam kelas di samping membantu rakan-rakan saya dalam memahami sesebuah subjek tersebut. Jadi, dengan pengalaman tersebut saya boleh gunakan dalam MyTutor kali ini. Sebelum ini terdapat seorang pelajar sekolah rendah darjah enam (6) yang meminta tunjuk ajar kepada saya mengenai subjek Matematik. Setelah mengajarnya, kakaknya memberi maklum balas bahawa pelajar itu gemar dengan pengajaran saya dan boleh membuatnya lebih faham mengenai soalan Matematik pada waktu itu. Saya mengajarnya melalui platform secara dalam talian sahaja, iaitu Whatsapp. Kemahiran khusus yang saya akan gunakan ialah kemahiran dengan menggunakan teknologi dalam pengajaran seperti penggunaan slide Canva. Selain itu juga, saya akan menggunakan kemahiran mewujudkan pembelajaran secara aktif dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk menyuarakan idea dan pendapat.
Teaching Method(s)
Antara teknik yang menarik yang saya gunakan ialah saya suka memulakan kelas dengan tayangan video pendek atau gambar yang menarik yang berkaitan dengan topik. Ini bertujuan untuk menarik minat awal dan mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar. Seterusnya, pendekatan yang saya akan gunakan bagi memastikan pelajar memahami ilmu yang diajar ialah saya akan menggunakan strategi penyoalan bagi menguji kefahaman secara kritikal, bukan sekadar hafalan. Di samping itu, saya juga akan membuat penilaian formatif secara berkala seperti kuiz ringkas atau aktiviti latihan kendiri agar saya dapat mengesan tahap kefahaman pelajar. Penggunaan peta pemikiran dan nota visual juga membantu pelajar memahami konsep secara lebih tersusun dan mudah. Untuk teknik pengajaran pula, saya akan mengajar pelajar teknik soalan mengikut kehendak soalan seperti mengenal pasti kata tugas dan fokus kepada markah yang diperuntukkan. Saya juga membimbing pelajar dengan teknik pengurusan masa ketika peperiksaan. Untuk subjek berbentuk esei pula, saya akan ajar teknik struktur jawapan menggunakan kerangka yang jelas seperti pendahuluan, isi dan huraian dan contoh serta kesimpulan. Saya juga akan menganalisis bersama-sama skrip jawapan tahun-tahun lepas untuk mengenal pasti pola soalan dan kesilapan biasa pelajar.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 STPM - Tingkatan 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4
Komunikasi Bahasa Melayu
Universiti - Ijazah Sarjana Muda