Profile Picture

Nur Ayuni *******

Sarjana Muda - Teaching English as a Second Language (TESL)

Institut Pendidikan Guru (Graduated)

Marang, Terengganu

Tutor Training

Training Membaca

Training PKSK & UKKM

Training Online Class Preparation

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Saya merupakan graduan IPG dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) untuk sekolah rendah (SK). Saya mempunyai pengalaman mengajar selama lebih kurang 6 bulan melalui praktikum dan internship di dua buah sekolah rendah di Pulau Pinang. Nama panggilan saya ialah Teacher Ayuni. Subjek utama yang saya ajar ialah Bahasa Inggeris, namun saya juga pernah mengajar subjek lain seperti Matematik, Bahasa Melayu, dan Pendidikan Islam/Jawi (Tahap 1) semasa berpraktikum. Saya berjaya memperoleh gred A dalam kedua-dua fasa praktikum. Saya juga mahir menggunakan teknologi dalam sesi PdP bagi meningkatkan minat murid sepanjang pembelajaran berlangsung.
Teaching Method(s)
Saya mengamalkan kaedah active learning dalam sesi PdP di mana murid bukan sahaja mendengar, tetapi turut terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Saya menggalakkan murid untuk sentiasa berinteraksi, berbincang, bertanya soalan, serta membuat tugasan untuk menguji pemahaman mereka terhadap topik yang dipelajari. Seterusnya, saya juga menggunakan pendekatan game-based learning terutamanya ketika mengajar murid tahap 1. Antara aplikasi yang saya gunakan adalah WordWall, Genially, Kahoot, serta TinyTap. Bagi saya, penerapan permainan dalam sesi PdP bukan sahaja mampu menarik minat murid, namun pendekatan ini juga dapat mengukuhkan pemahaman terhadap topik yang dipelajari.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tadika
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Bahasa Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Pendidikan Islam
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Jawi
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6