Profile Picture

Nur Hidayu *******

Sarjana Muda - Bahasa Arab

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Ongoing Study)

Alor Setar, Kedah

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
SSaya mesra dikenali sebagai Cikgu Ayu @ Ustazah Ayu.
Kini, saya merupakan mahasiswa tahun akhir di UniSHAMS dalam bidang Bahasa Arab dengan pencapaian CGPA terkini 3.95.

Sebelum ini, saya melanjutkan pelajaran di peringkat Asasi Pengajian Islam. Saya juga merupakan pelajar cemerlang sejak sekolah menengah dan rendah, dengan rekod akademik berikut:

🏆 8A dalam SPM & PT3

🏆 5A dalam UPSR

📚 Pengalaman & Penglibatan

Saya mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan serta bimbingan pelajar, khususnya dalam bahasa Arab dan subjek akademik lain:

📖 Latihan praktikal di sekolah rendah selama 6 minggu di bawah seliaan guru bahasa Arab.

📖 Membantu menyemak bacaan Iqra’ dan Al-Quran pelajar semasa praktikal.

➗ Menyemak hafalan sifir matematik murid.

🎓 Fasilitator program bahasa Arab di Sekolah Menengah Agama (Maktab Mahmud).

🌸 Fasilitator Fardu Ain dan Kem Bestari Solat.

📘 Berminat dan berkemampuan untuk mengajar subjek yang saya kuasai semasa di bangku sekolah iaitu Bahasa Arab, Matematik, Sains, dan Ekonomi.
Teaching Method(s)
Sebagai seorang tutor, saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi untuk berjaya jika mereka diberi pendekatan yang sesuai, kreatif, dan menyeronokkan. Oleh itu, saya menggabungkan beberapa teknik pengajaran yang terbukti berkesan:

1. Komunikasi Dua Hala

Saya mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra dan terbuka, di mana pelajar bukan sekadar mendengar, tetapi juga berinteraksi, bertanya, dan memberi pandangan. Kaedah ini membantu pelajar lebih fokus, yakin, dan berani untuk mencuba.

2. Slide Pembentangan yang Menarik

Setiap sesi PdP saya disokong dengan bahan visual yang ringkas, berwarna, dan mudah difahami. Slide yang interaktif ini menjadikan pembelajaran lebih teratur, jelas, dan tidak membosankan.

3. Kuiz Interaktif (Quizizz & Kahoot)

Saya percaya belajar sambil bermain lebih berkesan. Dengan menggunakan platform seperti Quizizz dan Kahoot, pelajar dapat menguji pemahaman secara santai, kompetitif, dan menyeronokkan. Ini meningkatkan motivasi mereka untuk terus belajar.

4. Teknik Visualisasi

Saya menggunakan gambar, video, dan bahan maujud (objek sebenar) untuk membantu pelajar memahami konsep abstrak. Apabila mereka dapat “melihat” dan “membayangkan”, proses pembelajaran menjadi lebih cepat difahami dan mudah diingat.

5. Teknik Penceritaan

Ilmu lebih mudah melekat apabila dikaitkan dengan cerita. Saya mengubah fakta atau konsep yang sukar menjadi kisah yang dekat dengan kehidupan harian pelajar, menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna.

6. Mnemonik (Akronim, Akrostik, Rima & Lagu)

Bagi topik yang memerlukan hafalan, saya menggunakan teknik mnemonik seperti akronim, rima, atau lagu. Kaedah ini membantu pelajar mengaitkan maklumat baharu dengan corak bunyi atau perkataan yang sudah biasa, menjadikan hafalan lebih mudah dan tahan lama.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 6
Membaca B. Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Tadika Darjah 6
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Pendidikan Islam
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Bahasa Arab
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Ekonomi
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Pendidikan Syariah Islamiah
Tingkatan 4 Tingkatan 5
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Prasekolah - 3M
Tadika