Profile Picture

Azimah Binti *******

(Physical & Online)

Sarjana Muda - Universiti Malaya (Sarjana Muda Bahasa Dan Linguistik)

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Graduated)

Kulim, Kedah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Azimah Mohd Hanipah. Lebih mesra dikenali sebagai Teacher Jimah di kalangan bekas pelajar. Saya merupakan graduan bidang Pengajian Bahasa dan Linguistik di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan pengkhususan Bahasa Inggeris. Saya pernah menjadi tenaga pengajar sandaran di sebuah sekolah menengah dan juga menjadi tutor separuh masa di sebuah pusat tuisyen. Pengalaman dan penglibatan saya dalam bidang pendidikan adalah agak terhad kerana telah menceburi pekerjaan di luar bidang setelah bergraduasi namun tidak membantutkan minat saya dalam bidang pendidikan. Saya akan memastikan para pelajar saya berasa serasi dan selesa untuk belajar supaya pembelajaran lebih berkesan.
Teaching Method(s)
Saya mengambil pendekatan pengajaran Bahasa Inggeris melalui "teaching through popular culture" untuk menarik minat pelajar kerana saya yakin elemen "fun learning" yang seiring perkembangan semasa dapat menarik minat pelajar memandangkan pelajar telah didedahkan dengan teknologi dan media sosial. Pendekatan ini adalah semestinya berpada-pada dan disesuaikan dengan kaedah pembelajaran dan elemen penguasaan bahasa; menulis, membaca, mendengar dan bertutur. Kaedah pengajaran membaca Bahasa Inggeris yang digunakan pula adalah teknik atau kaedah fonik di mana pelajar akan dikenalkan dengan bunyi dan sebutan huruf sebelum menggabungkan kepada sebutan suku kata dan seterusnya membentuk perkataan.
Subject
Subject School Level
Membaca B. Inggeris Tadika
Prasekolah - 3M Tadika, Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6