Profile Picture

Siti Nur *******

- Diploma in Mechanical Engineering

Politeknik Nilai (Graduated)

Nilai, Negeri Sembilan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama saya ialah Siti Nur Dini Binti Samsul dan saya mempunyai pengalaman mengajar secara tidak formal kepada adik-beradik sepanjang sesi persekolahan, yang membantu membina kemahiran komunikasi, kesabaran serta kebolehan menyampaikan ilmu dengan jelas. Sepanjang berada di bangku sekolah, saya juga aktif menyertai pelbagai program akademik dan kokurikulum. Antara kejayaan terbaik saya ialah memperoleh keputusan A- dalam subjek Pendidikan Seni Visual bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dari segi pencapaian akademik, saya merupakan lepasan Diploma dalam bidang Mechanical Engineering dan seterusnya berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mechanical Engineering Technology (Manufacturing), yang membuktikan komitmen serta kesungguhan saya dalam bidang teknikal dan pembelajaran berterusan.
Teaching Method(s)
Antara teknik menarik yang saya terapkan dalam pembelajaran ialah menggunakan pendekatan santai tetapi berfokus, memberi contoh yang dekat dengan situasi harian supaya lebih mudah difahami, serta menggalakkan sesi soal jawab dua hala agar pelajar lebih aktif. Saya juga membahagikan topik kepada bahagian kecil untuk memudahkan pemahaman, menggunakan latihan ringkas sebagai pengukuhan, dan memberi pujian atau galakan bagi meningkatkan motivasi. Selain itu, saya menyesuaikan cara penerangan mengikut tahap kefahaman pelajar supaya proses pembelajaran menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Tadika