Profile Picture

Nursafiha Risna *******

Sarjana Muda - Bachelor of Science with Honours (Information Technology)

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Ongoing Study)

Kota Bharu, Kelantan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hai! Nama saya Safiha Risna, dan anda boleh panggil saya Fiha. Walaupun saya tidak mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan, saya sangat suka membantu rakan-rakan belajar, terutamanya dalam subjek yang saya kuasai.

Saya kini merupakan pelajar jurusan Teknologi Maklumat dengan pengkhususan Kejuruteraan Perisian di Universiti Utara Malaysia. Saya gemar berkongsi ilmu, terutamanya dalam subjek yang saya pelajari. Dengan pengalaman membantu rakan-rakan, saya dapat menyesuaikan diri untuk menjadi seorang tutor yang memahami keperluan pelajar.

Saya seorang yang sabar dan penyayang, dan saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi untuk berjaya jika diberi pendekatan pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan. Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar memahami pelajaran dengan lebih mudah dan membina keyakinan dalam diri mereka.
Teaching Method(s)
Saya suka menggunakan pendekatan pembelajaran yang santai tetapi berkesan. Saya akan kaitkan isi pelajaran dengan situasi harian supaya pelajar lebih mudah faham dan ingat. Selain itu, saya menggunakan bahan visual seperti gambar, warna, dan video pendek, terutamanya untuk pelajar sekolah rendah.

Saya gemar bertanya soalan untuk menguji kefahaman dan memberi dorongan supaya pelajar tidak takut untuk mencuba. Saya juga menggunakan kuiz interaktif melalui platform seperti Kahoot, Quizizz, dan permainan pendidikan lain untuk menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Saya percaya bahawa pembelajaran dalam suasana positif akan membantu pelajar lebih yakin dan mudah skor dalam peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 IGCSE MRSM - Tingkatan 1 IGCSE MRSM - Tingkatan 2 IGCSE MRSM - Tingkatan 3 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Asas Sains Komputer
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5