Profile Picture

Nurul Ain *******

Sarjana Muda - Food Biotechnology

Universiti Sains Islam Malaysia (Ongoing Study)

Jasin, Melaka

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Salam penuh semangat!
Nama saya dikenali dengan panggilan mesra Cikgu Nunu dan saya mengajar pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Subjek utama yang saya mengajar ialah Bahasa Melayu dan Matematik manakala subjek tambahan termasuk Bahasa Arab serta Pendidikan Islam.
Saya mempunyai kemahiran khusus dalam penyediaan bahan bantu mengajar interaktif, teknik ulang kaji berstruktur dan penggunaan teknologi dalam PdPc. Melalui teknik memori kreatif seperti storytelling, mind mapping dan praktis dalam kehidupan seharian, saya percaya teknik ini mampu membuat pelajaran “melekat” dalam ingatan pelajar.
Antara pencapaian terbaik saya termasuk mendapat SPM 11A dan dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar di sekolah yang menjadi bukti kesungguhan dan komitmen saya dalam akademik serta kepimpinan. Saya percaya setiap pelajar mempunyai potensi luar biasa dan tugas saya adalah membantu mereka mencungkil potensi itu dengan cara yang menyeronokkan, bermakna dan berkesan.
Teaching Method(s)
Dalam kelas, saya suka menggunakan cara belajar yang santai tetapi fokus supaya pelajar kurang rasa tertekan. Saya akan sesuaikan kaedah mengajar mengikut tahap kefahaman pelajar sama ada melalui penerangan ringkas, contoh harian atau latihan interaktif.
Saya percaya pelajar akan lebih cepat faham jika pembelajaran disampaikan dengan visual menarik, soalan berperingkat serta sesi soal jawab.
Selain itu, saya juga kongsikan tips belajar pintar seperti teknik ringkasan nota, mengenal kata kunci soalan dan cara mengurus masa dengan baik. Matlamat saya adalah untuk membantu pelajar bukan sahaja fahami topik tetapi juga yakin menjawab soalan peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Membaca B. Inggeris
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Bahasa Melayu
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
UPKK Ulum syariah - Ibadah
Darjah 5
Prasekolah - 3M
Tadika