Profile Picture

Nurhadira Binti *******

Sarjana Muda - Sains MikroBiologi

Universiti Putra Malaysia (Serdang) (Graduated)

Batu Berendam, Melaka

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Salam sejahtera.

Saya merupakan Tutor Dira, graduan daripada Universiti Putra Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Mikrobiologi. Kini, saya sedang melanjutkan pengajian dalam program Diploma Pascasiswazah dalam Pendidikan (DPLI).

Saya telah menjadi tutor sepenuh masa sejak tahun 2017 hingga kini. Untuk tahun 2025, dengan rendah hati saya menetapkan untuk menerima jumlah maksimum 10 orang pelajar sahaja pada setiap bulan. Dengan harapan fokus penuh dapat diberikan kepada setiap pelajar saya,

Antara subjek yang pernah diajar ialah 3M, Bahasa Melayu SK, Bahasa Inggeris (SK) Matematik SK/SMK , Sains SK/SMK, dan Biologi (SMK) . Sehingga kini, saya telah membantu hampir 100 + orang pelajar secara bersemuka melalui kelas tuisyen persendirian di sekitar Melaka.

Sepanjang pengalaman saya dalam bidang pendidikan, saya menekankan pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan mengajar mengikut tahap keperluan individu pelajar. Setiap anak dilahirkan dengan karakter & tahap penguasaan berbeza, justeru itu cara pengajaran berbeza perlu dirancang khusus bagi setiap pelajar. Semoga yang terbaik sahaja untuk anak-anak kita,
Teaching Method(s)
PENDEKATAN PENGAJARAN

S A L U R

Fasa 1: S
Saringan Awal (Screening)
Sesi pertama dimulakan dengan penilaian tahap kefahaman pelajar bagi mengenal pasti gaya pembelajaran dan tahap penguasaan — sama ada pelajar tergolong dalam kategori Fast Learner atau Average Learner.

Fasa 2: A
Ajar silibus secara menyeluruh
Setiap topik akan diajar semula dari awal berdasarkan sukatan dalam buku teks KSSR/KSSM, bagi memastikan pelajar tidak tertinggal mana-mana konsep asas yang penting.

Fasa 3: L
Latihan selingan mengikut topik
Latihan diberikan selepas setiap sesi ulang kaji untuk mengukuhkan pemahaman. Soalan-soalan disusun secara progresif daripada aras mudah hingga ke tahap KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).

Fasa 4: U
Ujian Berkala
Ujian Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun dijalankan sebagai penilaian berkala untuk mengukur tahap kefahaman dan kemajuan pelajar.

Langkah 5: R
Rekod Prestasi
Rekod prestasi akan disediakan secara berkala dan dibincangkan bersama ibu bapa atau penjaga supaya mereka dapat mengikuti perkembangan anak dengan lebih dekat.

TEKNIK PENGAJARAN

Saya masih menggunakan kaedah konvensional seperti penggunaan papan putih, carta alur (di atas kertas A4), serta kad imbas berlamina (laminated flashcards) untuk memberi gambaran sesuatu konsep.

Kemudian melalui 'Chapter Review', pelajar dikehendaki menulis nota ringkas selepas sesuatu topik diajar dan membentangkannya semula kepada tutor. “A good student is a good teacher too”.

Nampak agak rumit, tapi Inshaa Allah untuk pelajar yang sudah biasa, perkara ini tidak lagi jadi beban bagi mereka. Nota yang dihasilkan itu yang dibawa ke kelas sebelum sesi UASA (SK).
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Sains
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Cambridge - Tahun 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5