Profile Picture

Muhammad Shah *******

Sarjana Muda - Biodiversity and Conservation

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Pagoh) (Ongoing Study)

Kluang, Johor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Shah. Walaupun saya belum mempunyai pengalaman rasmi sebagai guru, latar belakang akademik dalam Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) serta penglibatan dalam pelbagai program pendidikan, fasilitasi, dan sukarelawan telah melatih saya untuk berkongsi ilmu dengan berkesan. Saya berupaya mengajar pada tahap sekolah rendah dan menengah, khususnya dalam subjek berkaitan Sains, Biologi, Ekologi, dan Alam Sekitar, manakala subjek tambahan termasuk Kesedaran Alam Sekitar dan STEM. Antara kemahiran khusus yang saya miliki ialah keupayaan menjelaskan konsep sains dengan cara yang mudah difahami, kemahiran komunikasi yang berkesan, serta pengalaman luas dalam aktiviti luar bilik darjah seperti eksplorasi alam, kajian lapangan dan pendidikan alam sekitar. Pencapaian terbaik saya ialah menjadi pembentang di Online International Forum on Natural Resource Management pada tahun 2023 bersama universiti dari Malaysia, Amerika Syarikat dan Filipina.
Teaching Method(s)
Dari segi kaedah pengajaran, saya mengamalkan teknik pembelajaran interaktif seperti aktiviti hands-on, pembelajaran berasaskan pengalaman lapangan, penggunaan multimedia, serta penerapan konsep konservasi sebenar. Pendekatan saya adalah memberi penekanan kepada pemahaman konsep melalui contoh kehidupan sebenar dan perbincangan dua hala agar pelajar lebih mudah menguasai ilmu. Untuk membantu pelajar mencapai skor yang baik, saya menekankan latihan berterusan, penggunaan peta minda, teknik menjawab soalan berdasarkan kata kunci, serta kaedah pembelajaran berfokus kepada pemahaman, bukan hafalan semata-mata.
Subject
Subject School Level
Sains
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Biologi
Tingkatan 4 Tingkatan 5