Profile Picture

Nur Irdina *******

- Teaching English as a Second Language

Universiti Poly-Tech Malaysia - UPTM (Graduated)

Seri Kembangan, Selangor

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

English Primary Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Panggilan mesra saya ialah Teacher Dina. Saya merupakan graduan Diploma dalam Teaching English as a Second Language. Saya mempunyai lebih kurang setahun pengalaman mengajar Bahasa Inggeris kepada murid prasekolah dan sekolah rendah (Tahun 5). Sepanjang tempoh tersebut, saya berpeluang merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang interaktif seperti nyanyian, bercerita, permainan bahasa dan latihan bertulis bagi membantu murid memahami serta menguasai kemahiran asas Bahasa Inggeris dengan lebih menyeronokkan. Antara kejayaan terbaik yang pernah saya capai ialah apabila murid-murid yang pada mulanya pemalu dan kurang yakin akhirnya berani bertutur serta berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Melihat peningkatan keyakinan dan minat mereka terhadap bahasa merupakan pencapaian yang paling bermakna bagi saya sebagai seorang pendidik.
Teaching Method(s)
Antara teknik menarik yang saya terapkan dalam pembelajaran ialah penggunaan aktiviti interaktif dan berasaskan permainan (game-based learning) bagi menarik minat murid untuk belajar Bahasa Inggeris. Saya juga menggunakan lagu, bercerita (storytelling) dan aktiviti lakonan ringkas (role play) untuk membantu murid memahami kosa kata dan struktur ayat dengan lebih mudah.

Selain itu, saya menggalakkan pembelajaran berasaskan komunikasi (communicative learning) di mana murid digalakkan untuk bertutur dan bekerjasama dalam kumpulan kecil. Pendekatan ini bukan sahaja membantu mereka menguasai bahasa, tetapi juga membina keyakinan diri dan kemahiran sosial.
Subject
Subject School Level
English Grammar
Asas (Basic) Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6
English Communication Skills
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6