Profile Picture

Nurul Hafifah *******

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Graduated)

Bandar Sibu, Sarawak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

Training Introduction To Cambridge

Training Motivation In Education

Training Online Class Preparation

UPSI

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Hi, saya Cikgu Hafifah! Saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) dengan kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran geografi di sekolah menengah khususnya menengah rendah. Saya pernah terlibat dalam bengkel pembinaan item geografi di mana saya mempelajari cara untuk membuat soalan geografi bagi tujuan Ujian Akhir Sesi Akademik. Saya juga mempunyai pengalaman menyemak kertas soalan geografi bagi Ujian Pertengahan Sesi Akademik. Semasa di universiti, saya pernah memperoleh pingat emas dalam pertandingan Inovasi Pendidikan Peringkat Antarabangsa. Inovasi yang saya hasilkan adalah inovasi salah satu subtopik geografi dalam silibus tingkatan dua yang berkaitan dengan rujukan grid.
Teaching Method(s)
Saya menggunakan pendekatan didik hibur dalam pembelajaran tidak kira secara fizikal atau atas talian. Teknik yang saya gunakan antaranya ialah game-based learning dan sebagainya. Perkara ini bertujuan untuk menarik minat murid di dalam bilik darjah serta memudahkan mereka memahami mata pelajaran geografi dengan lebih baik. Game-based learning biasa digunakan bagi topik kemahiran geografi kerana ia menjadi salah satu tema yang sukar untuk dikuasai oleh murid. Selain didik hibur, saya juga menggunakan pendekatan mnemonik akronim bagi topik-topik yang mempunyai banyak fakta khusus seperti geografi fizikal yang melibatkan proses-proses fizikal. Sepanjang saya mengajar di sekolah menengah, saya mendapat banyak respon positif daripada murid-murid saya kerana mereka berasa seronok dan mudah faham dengan pembelajaran yang saya jalankan. Selain geografi, saya juga berkebolehan mengajar subjek sejarah dan lain-lain.
Subject
Subject School Level
Bahasa Melayu
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Sejarah
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
Geografi
Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5