Profile Picture

Nurul Haswani *******

Degree (Non Education Faculty) - BAHASA MELAYU & MATEMATIK

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Tanjung Rambutan, Perak

Fakulti Pendidikan

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggiln saya Wani. Saya merupakan pelajar tahun 3 di IPG Ipoh. Saya mengambil subjek bidang teras Bahasa Melayu ( SK ) manakala elektif teras Matematik. Saya pernah berpraktikum di Sk Kuala Pari selama 10 minggu. Sepanjang di Sk Kuala Pari, saya berpengalaman mengajar Bahasa Melayu tahun 3 dan Matematik bagi tahun 2 dan tahun 5. Saya juga dicalonkan sebagai pelajar cemerlang praktikum yang terdiri daripada 48 orang daripada keseluruhan 250 orang.
Teaching Method(s)
Sepanjang pelaksanaan pengajaran, saya menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid bagi memastikan murid terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Kaedah pengajaran aktif seperti soal jawab, perbincangan dan aktiviti berfokus diaplikasikan untuk meningkatkan kefahaman murid.

Selain itu, saya mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan isi pembelajaran baharu. Elemen digital turut diterapkan dalam pengajaran melalui penggunaan aplikasi seperti Quizizz dan Plickers sebagai medium penilaian dan pengukuhan pembelajaran. Perancangan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sistematik membantu memastikan pengajaran berjalan dengan teratur dan mencapai objektif pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Matematik
Universiti - Ijazah Sarjana Muda
Bahasa Melayu
Universiti - Ijazah Sarjana Muda Universiti - Ijazah Sarjana Muda