Profile Picture

Nur Syafini

Degree (Non Education Faculty) - Teknologi Maklumat

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Graduated)

Setiawangsa, WP Kuala Lumpur

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra saya ialah Syafini. Saya mempunyai pengalaman mengajar Matematik secara tidak formal selama setahun, di mana saya membantu adik-beradik dan rakan-rakan memahami topik-topik Matematik asas dan menengah. Saya mengajar pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, dengan fokus utama pada Matematik sekolah rendah dan Matematik sekolah menengah. Selain itu, saya turut mengajar asas IT seperti penggunaan Microsoft Word, PowerPoint dan Excel, serta memperkenalkan konsep asas komputer seperti pengenalan hardware dan software, cara menggunakan aplikasi pembelajaran digital, serta asas keselamatan siber ringan seperti mengenal pasti pautan atau laman web yang tidak selamat. Walaupun saya kini dalam bidang IT, saya masih menguasai Matematik kerana mengambil beberapa subjek berkaitan di universiti, dan semasa SPM saya memperoleh A+ dalam Matematik dan A dalam Add Maths, yang membantu saya menyampaikan topik-topik Matematik dengan lebih yakin dan mudah difahami oleh pelajar.
Teaching Method(s)
Dalam pembelajaran, saya menggunakan pendekatan “step-by-step” supaya pelajar memahami asas sebelum masuk ke topik yang lebih sukar, disertai penggunaan warna, formula ringkas dan contoh kehidupan sebenar untuk memudahkan ingatan, serta mini kuiz setiap sesi bagi mengukuhkan pemahaman. Untuk memastikan pelajar benar-benar faham, saya akan mengenal pasti topik yang mereka lemah terlebih dahulu dan memberikan latihan bertahap daripada asas, ke sederhana dan akhirnya ke tahap peperiksaan. Saya juga menggunakan teknik explain-back, iaitu pelajar menerangkan semula apa yang mereka faham, sebelum menutup sesi dengan revision ringkas. Bagi membantu pelajar skor dengan lebih baik, saya mengajar teknik membaca soalan Matematik dengan betul, latihan intensif menggunakan soalan peperiksaan sebenar, penggunaan formula ringkas dan shortcut, serta tips pengurusan masa semasa menjawab kertas peperiksaan.
Subject
Subject School Level
Matematik
Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Komputer
Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6