Profile Picture

Nuraini

Degree (Non Education Faculty) - Pendidikan Islam

Universiti Sains Islam Malaysia (Graduated)

Sungai Besar, Selangor

Tutor Training

For those interested in this tutor

Book Now via WhatsApp
About Me
Nama panggilan mesra:
Nama saya Nuraini. Murid-murid biasanya memanggil saya Ustazah Aini atau Cikgu Aini.

Pengalaman mengajar & kejayaan:
Alhamdulillah, saya mempunyai pengalaman mengajar selama dua tahun di pelbagai peringkat dan institusi. Pengalaman pertama saya bermula di sebuah sekolah SRITI selama 7 bulan, sebelum saya menyambung pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) di USIM. Seterusnya, saya menjalani latihan mengajar selama 3 bulan di Sekolah menengah kebangsaan di kawasan Sungai Besar, yang banyak membantu saya mengasah kemahiran pengurusan kelas dan pendekatan pengajaran yang berkesan mengikut tahap murid.
Kini, saya bergerak secara home tutor secara separuh masa, memberi bimbingan individu kepada murid dengan pendekatan yang lebih fokus dan personal sementara menunggu permohonan SPP dibuka.
Teaching Method(s)
Saya mengamalkan pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan berpusatkan murid, dengan menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tahap kefahaman, minat dan keperluan setiap murid.

Setiap sesi akan dimulakan dengan bacaan doa serta peringatan untuk memperbaharui niat menuntut ilmu kerana Allah, agar pembelajaran yang dijalankan bukan sahaja memberi ilmu, malah membentuk sahsiah dan adab murid. Sepanjang pengajaran, saya akan menyelitkan aktiviti kuiz, permainan ringkas dan soal jawab santai sebagai selingan supaya murid kekal fokus, seronok dan tidak tertekan. Saya juga gemar memberikan ganjaran berbentuk kupon atau reward kecil bagi meningkatkan motivasi murid untuk terus berusaha sehingga ke akhir sesi pembelajaran. Dalam memastikan keberkesanan pembelajaran, saya akan menyesuaikan tempo pengajaran mengikut kemampuan murid serta memberi ulangan berfokus terutamanya kepada murid yang memerlukan lebih bimbingan. Saya akan memastikan setiap sesi pembelajaran memberi sekurang-kurangnya dua hingga tiga ilmu baharu yang benar-benar difahami dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Selain itu, saya menggunakan teknik “Terang Semula”, di mana murid diminta untuk menerangkan kembali secara ringkas apa yang telah dipelajari. Teknik ini membantu saya menilai tahap kefahaman murid dan memastikan mereka tidak pulang tanpa membawa sebarang penguasaan selepas sesi pembelajaran.
Subject
Subject School Level
Mengaji - Iqra
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 4 Darjah 3 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5
Matematik
Tadika Darjah 1 Darjah 2
Membaca B. Melayu
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Pendidikan Islam
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3 Darjah 4 Darjah 5 Darjah 6 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4
Jawi dan Khat
Tadika Darjah 1 Darjah 2 Darjah 3
Prasekolah - 3M
Tadika Darjah 1 Darjah 2